Berbeza dengan polisi parakhalifah Bani Umayyah yang lebih memberi tekanan pada aspek politik danperluasan wilayah, polisi para khalifah Bani Abbasiyah lebih menekankan aspekpembangunan peradaban dan ilmu pengetahuan. Polisi ini, pada satu sisi, memang menjadikan peradaban Islam berkembangdengan pesat, seperti yang dihuraikan di atas. Tetapi di sisi lain, ia juga menyebabkan pemerintahan Bani Abbasiyahmengalami kelemahan secara politik. Perkara ini ditandai dengan terlepasnya wilayah-wilayah di pinggirankota. Berbagai kepakatan jahat politikyang berlaku menyebabkan kewibawaan khalifah-khalifahnya pudar. Sebagai akibatnya, banyak wilayah melepaskandiri dari kekuasaan khalifah Bani Abbasiyah.14
Faktor-faktor penting yangmenyebabkan kemunduran pemerintahan Bani Abbasiyah pada periode ini, sehinggabanyak wilayah berjaya melepaskan diri, ialah :15
1. Keluasan wilayah yang berada di bawahpemerintahan Bani Abbasiyah membuatkan komunikasi pusat dengan daerah sukardilakukan. Di samping itu, kepercayaandi antara para pemimpin juga mula berkurangan.
2. Polisi pemerintahan yang menjadikanpasukan bersenjata bercirikan profesional membuat khalifah terlalu bergantungpada angkatan tentera ini.
3. Kewangan negara mengalami kesulitan keranaperbelanjaan yang dikeluarkan untuk pasukan tentera sangat tinggi.
Disamping kelemahan yang berlaku dalam politik, pemerintahan Bani Abbasiyah jugamengalami kemunduran dalam bidang ekonomi. Sebagaimana yang tercatat dalam sejarah, pemerintahan Bani Abbasiyah diawal kekuasaannya adalah pemerintahan yang kaya dan baitul mal negara penuhdengan harta.16
Setelahmemasuki zaman kemunduran, pendapatan negara semakin menurun, manakalaperbelanjaan semakin meningkat. Pendapatan negara berkurangan kerana wilayah kekuasaannya menjadisemakin kecil, banyak rusuhan berlaku dalam negeri dan banyak wilayahmelepaskan diri dan tidak lagi membayar ufti. Di samping itu, keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan ekonominegara menjadi kucar-kacir.
Padaketika inilah, tentera Mongol dan Tartar yang dipimpin oleh Hulaghu Khan, cucuGenghis Khan, menyerang Baghdad. Akhirnya, Baghdad berjaya mereka tawan tanpa berlakunya perlawanan yangbesar. Selepas itu, datang lagi seranganyang tidak kurang hebatnya dari tentera Mongol yang dipimpin oleh Timur Lenk(Tamerlane). Dia berketurunan KaracharNoyan dan menjadi menteri pada masa pemerintahan Jagatai, putra GenghisKhan. Sejarah mencatat berbagaiperistiwa yang menimpa umat Islam pada periode ini.17
PemerintahanBani Abbasiyah I yang berkedudukan di Baghdad dan yang memerintah dalam tempohwaktu yang cukup lama itu (dari tahun 132 H / 749 M) akhirnya ditumbangkan olehserangan Mongol pada tahun 656 H / 1258 M. Menurut catatan sejarah, pemimpin Mongol yang berkuasa pada masapemerintahan Bani Abbasiyah I (132 H / 749 M hingga 656 H / 1258 M) ialahTemuchin atau Genghis Khan (1162-1227 M)18 dan Hulaghu Khan. Kejatuhan kota Baghdad pada tahun 1258 M ketangan bangsa Mongol bukan saja menamatkan pemerintahan Bani Abbasiyah I yangberkuasa selama 508 tahun 132-656 H), tetapi juga merupakan pemulaan dalamkemunduran politik dan peradaban Islam.
Namun,dengan kehendak-Nya, roda sejarah terus berputar. Setelah dua tahun dikuasai oleh bangsaMongol dengan berbagai peristiwa yang berlaku semasa tempoh ini, kaum Musliminberjaya merebut pemerintahan semula. Bani Abbasiyah meneruskan pemerintahan – yang disebut oleh ahli sejarahsebagai Periode Abbasiyah II – dengan khalifah pertamanya iaitu Khalifahal-Mustansyir pada tahun 659 H / 1261 M.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar