Pemerintahan Utsmaniyah merupakan periodeterpanjang dalam sejarah kekhalifahan kaum Muslimin. Kerajaan Utsmaniyah menjadi pemerintahanIslam terkuat selama lima abad, malah ia merupakan negara terbesar di duniapada masa itu.
Secararingkas, kekuatan Utsmaniyah mula berkuasa ketika Ertugrul Beg (Ertoghrul)mengambil keputusan membantu pasukan Alauddin, Sultan Konya, sehingga dapatmengalahkan pasukan Mongol dalam satu pertempuran.1 Untuk membalas jasanya, dia diberi wilayahEskishehir, yang terletak di sebelah barat dataran tinggi Anatolia di AsiaKecil. Wilayah ini kemudiannya diperluaspada masa Osman (Utsman), anak Ertogrul yang juga berjaya membantu Alauddinmemenangi peperangan dengan pasukan Byzantium. Atas jasa Utsman, pada tahun 1284 M, Sultan Alauddin memberikan gelaran Beg(gelaran untuk kepimpinan Saljuk) dan tanggungjawab memimpin wilayah Eskishehiryang juga merupakan sempadan di antara Islam dan Byzantium. Suku yang kemudiannya lebih dikenali sebagaiOsmanli (Utsmani) ini berasal dari suku Qayigh, dari suku Turki Oghuz. Suku inilah yang menerajui pemerintahanKesultanan Saljuk sejak masa pemerintahan Sultan Giyaseddin Keyhusrev III(1264-1283 M).2
Sejalandengan keruntuhan kekuasaan Saljuk, muncul lebih kurang dua puluh amiriah diAnatolia, di mana wilayah Utsmani ialah yang paling kecil, tetapi yang palingbersemangat menerapkan Islam sebagai landasan operasi negaranya. Pada tahun 1289 M, khutbah Jumaat mulamenyebut nama Utsman Beg sebagai amir dan ini menandakan permulaan awal periodekemerdekaan kerajaan itu.
Kewafatan Utsman pada tahun 1326 M semasa membuka kotaBursa menjadi tonggak penting dalam sejarah peletakan dasar pemerintahanUtsmaniyah di Anatolia, yang seterusnya diterajui oleh anak Utsman, iaitu OrhanBeg. Bursa kemudiannya menjadi ibu kotapertama Kerajaan Utsmaniyah, di mana mata wang perak pertama kali dicetak padatahun 1327 M, atas nama Daulah. Pencetakan wang ini bukan hanya menunjukkan keyakinan yang kuat padaKerajaan Utsmaniyah atas kebenaran misi yang dibawanya, tetapi juga menunjukkanadanya perencanaan jangka panjang atas sistem kenegaraan daulah yang sedangdibangunkan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar