Dalambahagian ini, kita akan melihat analisis yang kurang menggembirakan,lebih-lebih lagi pada mereka yang berharap sebuah Daulah Islamiyah dengan mudah dapat melawan arus luaran dan jugaarus dalaman yang inginkan kehancurannya.
Faktamenunjukkan bahwa Daulah Utsmaniyah telah berjaya mewujudkan pemusatanpengendalian negara, berbanding dengan hampir seluruh entiti kekuasaan di duniapada masa itu. Malah, DaulahUstmaniyah boleh dikatakan satu-satunya entiti kekuasaan yang mampu berfungsisecara pusat, jika dilihat dari keluasan wilayahnya. Kedudukan serta kemampuan ini, seharusnyamenjadikan Daulah Utsmaniyah kerajaan yang paling bersedia untuk menerima sertamenerapkan inovasi perbaikan perkakas kenegaraan, lebih-lebih lagi jika dilihatdari tentangan-tentangan yang dihadapinya pada penghujung masa pemerintahannya.12
Secaratidak langsung, pemikiran ekonomi serta polisi ekonomi yang berkembang padaDaulah Utsmaniyah perlu dilihat dari perhatian serta tahap penghargaanyangdiberikan oleh pemerintah terhadap kemajuan sains, metodologi pembelajaran,serta pelaksanaan teknologi pada umumnya.13
PendapatIssawi masih boleh diterima mengingatkan ketiga-tiganya – terutamanyapelaksanaan teknologi – sejak dari dulu lagi mempengaruh perkembangan ekonomimanusia dan mengantarkanya ke tempat yang lebih tinggi. Di samping itu, ketiga-tiga faktor di atasmemiliki ciri-ciri kumulatif sehinga ketiga-tiganya dapat diwariskan kepadagenerasi seterusnya. Issawi jugamenganggap pendapat yang menempatkanIslam sebagai penyebab kemunduran di bidang teknologi adalah satu pendapat yangtidak masuk akal kerana peradaban yang berkembang di Timur Tengah mencapaikecemerlangannya pada masa Islam di abad 8 hingga 12.
Menjelangpembebasan Konstantinople oleh Sultan Muhammad al-Fatih (Mehmet II) pada tahun1453 M, banyak madrasah dibina di wilayah Utsmaniyah, terutamanya setelahperistiwa bersejarah itu.
Sekolah-sekolahini memberi perhatian khusus pada ilmu matematik, astronomi dan kedoktoran yangkemudiannya dikembangkan sehingga ke pengajian geografi dan kartografi. Taqiyuddin, ilmuwan terbaik DaulahUtsamaniyah yang terkenal dalam ilmu astronomi, telah menyusun panduan umumtentang jam mekanik pada tahun 1565 M dengan menggunakan mesin-mesin ciptaannyaserta kepakarannya.14
Namun,pemerintah Daulah Utsmaniyah tidak memberi perhatian yang cukup padaperkembangan teknologi Eropah. Inimenyebabkan ilmuwan-ilmuwannya tertinggal dalam pengetahuan sains-penerapanyang terus berkembang, kecuali dalam bidang kartografi.
Dalambidang pertanian pula, Daulah Utsmaniyah tidak terlalu ketinggalan dibandingkandengan negara-negara Eropah lainnya. Perkara ini dapat dilihat dari nisbah produktiviti per biji gandum (yield to seed ratio of wheat) untukbeberapa wilayah Utsmani.15 Seperti negara-negara lain di permulaan abad moden, Utsmani juga menaruhharapan besar terhadap teknologi terapan dalam bidang perlombongan, metalurgi,dan pertahanan yang menyebabkan keunggulan ketenteraan.
Selepasabad ke-15, Eropah mengungguli Daulah Utsmaniyah dalam ketiga-tiga bidang ini,sehingga memaksa pemerintah pusat Ustmani mengupah pekerja-pekerja asing untukmerapatkan jurang perbezaan itu. Protoindustri di bidang ketenteraan jugamendapat perhatian besar dari Daulah Utsmaniyah. Malangnya, ciri-ciri keselamatan mengharuskanindustri-industri itu dibina sedekat mungkin dengan Istanbul. Dengan demikian, keperluan senjata di kawasansempadan tidak dapat dipenuhi dengan berkesan.
Disamping itu, penyebaran kepakaran dalam bidang ketenteraan terhenti. Teknologi pembinaan kapal, sama ada untukkeperluan peperangan ataupun keperluan komersil, juga menjadi kelemahanindustri Utsmani, sehingga pada penghujung abad ke-18, kapal-kapal tersebutterpaksa diimport dari Amerika Syarikat, Sweden dan England.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar