Abu Bakar :
- Penegakan undang-undang bagi mereka yang tidak mahu membayar zakat dan jizyah, kerana zakat dan jizyah merupakan alat untuk mengagihkan pendapatan dalam rangka keadilan sosial dan ekonomi.
- Pembahagian kekayaan negara secara adil dan saksama.
- Pengelolaan sumber pendapatan negara yang baru, iaitu rikaz (hasil perlombongan).
- Menetapkan gaji pekerja berdasarkan ciri-ciri daerah kekuasaan masing-masing.
Umar :
- Menghentikan pembahagian zakat pada muallaf.
- Memperkenalkan sumber dan sistem ekonomi baru yang belum pernah ada sebelumnya.
- Memungut zakat atas kuda, yang sebelum itu dibebaskan dari cukai oleh Rasulullah SAW.
- Membentuk dewan-dewan, baitul mal, membuat dokumen-dokumen negara dan merancang sistem yang mampu menggerakkan ekonomi, sama ada dalam bidang pengeluaran mahu pun dalam pengedaran.
- Tidak mengagihkan tanah taklukan di Iraq kepada para perajurit dan membiarkan tanah itu sebagai amanah.
- Menambah kemasukan kewangan negara dari ghanimah atas kemenangan peperangan.
Utsman :
- Pengalihan polisi wajib membayar zakat atas barang-barang tersimpan dari negara kepada pemiliknya.
Ali :
- Memperkenalkan prinsip sama rata dalam pengagihan kekayaan negara kepada masyarakat.
- Menetapkan cukai terhadap para pemilik kebun dan membenarkan pemungutan zakat terhadap sayuran segar.
- Melakukan kawalan pasaran dan membenteras pedagang licik, penimbun barang dan pasar gelap.
- Memperkenalkan undang-undang membayar ganti rugi kalau pekerja merosakkan barang-barang pekerjaannya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar