Sabtu, 18 Juni 2011

Perkembangan Pemikiran dan Polisi Ekonomi pada Masa Kerajaan Utsmaniyah



            Membahaskantentang seluruh perkembangan pemikiran serta polisi pemerintah kerajaanUtsmaniyah yang memberi kesan pada ekonominya adalah suatu perkara yang sangatbesar.   Namun, dalam ruang yangsederhana ini, kita boleh ungkapkan beberapa perkara yang menjadi ciri khassistem ekonomi Utsmani.

            Bentukusaha sama perniagaan yang paling banyak ditemui sepanjang sejarah Utsmaniialah mudharabah, di mana modal dantenaga usahawan menggerakkan roda perniagaan.  Namun, perniagaan seperti ini jarang dilakukan dalam skala besar  ataupun untuk jangka masa yang panjang(Issawi, 1996).   Oleh kerana bentukusaha korporasi tidak ditemui dalam wilayah Utsmani, institusi waqf merupakan usaha yang palingmenyamai korporasi kerana sebahagian besar dari mereka juga bergerak di bidangperniagaan.  Malangnya, contoh ini tidakdapat menggambarkan keadaan perniagaan yang positif kerana sebahagian besardari mereka tidak dikelolakan dengan baik. 


            Secaraumum, larangan terhadap riba, seperti bunga (usury, kemudian berkembang menjadi faedah) selalu menjadi perhatiandalam wilayah Ustmani.  Perlu diketahuibahawa larangan ini tidak mengurangkan tingkat pinjaman peribad ditengah-tengah masyarakat.
           
            Namun,Issawi (1996) membuat spekulasi yang larangan ini turut mempengaruhi kecepatanperkembangan institusi kewangan seperti bank di wilayah Utsmani.  Pada masa yang sama, Eropah berjaya mendapatserta memanfaatkan wang simpanan rakyat melalui perkhidmatan perbankan untukmeningkatkan ekonomi mereka yang terus menurun.

            Sebuahproto-bank pertama yang ditemui pada masa kerajaan Utsmaniyah ialah Galata Sarraf yang menjalankan urusniagapertukaran mata wang asing, memberi pinjaman, serta menyediakan pembelianpemiutang.  Akan tetapi, tanda-tandapenerimaan wang simpanan rakyat tidak ditemui. 

            BankUtsmani yang pertama didirikan pada tahun 1856, itupun setelah mendapat modaldari luar negeri.   Pasaran modal pertamapula didirikan pada tahun 1873.  Perkhidmatan insuran serta prosedur perakaunan diperkenalkan selepasitu.

            Salahseorang pemikir Utsmani yang cenderung pada pemikiran ekonomi ialah CemalKafadar, walaupun dia tidak sehebat Ibnu Khaldun ataupun al-Marqiz yang hiduppada penghujung abad ke-16.  Beliau mengkritikpolisi menurunkan nilai (debasement)terhadap matawang logam yang diterapkan oleh pemerintah pusat Utsmani untukmengatasi inflasi.

            Namalain yang juga cukup berpengaruh dalam bidan ekonomi kerajaan Utsmaniyah ialahMustafa Ali (1541-1600 M).  Beliau jugamengkritik polisi ekonomi pemerintahan pusat Utsmani yang terlalu bergantungpada jumlah pusingan wang dalam mengendalikan inflasi, melalui pemikiranpolitik, sosial dan analisis sejarah.  Pada tahun 1630 M, Kocu Bey dan Katib Celebi, sekitar tahun 1653 M,menulis tentang fenomena ekonomi Utsmani dalam perdagangan antarabangsa sertaekonomi wilayah.  Ahli sejarah pada masaini lebih cenderung menghindari pembahasan tentang ekonomi. 

            Darisudut pandangan pengambilan polisi ekonomi, para sultan Utsmani boleh dinilaisebagai pemimpin yang bekerja secara realistik – jika tidak boleh disebutpragmatik – sesuai dengan keberadaan dana.  Mereka tidak kenal istilah bankrap dan kemungkinan bankrap dalam suatusistem ekonomi, walaupun tahap cukai yang dikumpulkan dari rakyat adalah yangpaling rendah di seluruh Eropah.

            Pengetahuangolongan pemimpin yang terbatas tentang ilmu statistik serta amalanpenerapannya juga menyukarkan pencipta polisi memberikanpertimbangan-pertimbangan yang tepat dan yang boleh dipercayai.   Satu-satunya catatan yang boleh dianggapmemenuhi syarat kesahan adalah catatan kekuatan ketenteraan serta keperluanlogistiknya.  Akan tetapi, tentulahkeperluan ini tidak cukup bagi  segalakeperluan untuk memperbaiki ekonomi yang semakin menjadi buruk.


            Perlukiranya dikaji dengan lebih mendalam tentang keberadaan serta peranan milet dan hubungannnya dengan kemajuandan kemunduran dinamik ekonomi sepanjang sejarah Kerajaan Utsmaniyah.  Di samping itu, perlu juga dikaji secaramendalam tentang pelaksanaan sistem tarif yang ringan yang dikenakan olehKerajaan Utsmaniyah berhubung dengan penciptaan wilayah bebas dagang -sepatutnya – merangsang pertumbuhan ekonomi setempat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar