Sabtu, 18 Juni 2011

Perkembangan Pemikiran Ekonomi Para Fukaha pada Masa Pemerintahan Bani Abbasiyah



            Menurutcatatan sejarah, pada tiga abad pertama pemerintahan Bani Abbasiyah (abad ke-18sehingga abad ke-11), sejarah menyaksikan kejayaan peradaban Islam abadpertengahan.  Kesusasteraan, teologi,falsafah dan ilmu alam berkembang dengan pesat. Kemajuan ekonomi dan perdagangan dapat dilihat di mana-mana, terutamanyadi negara Parsi, Iraq dan Mesir. Hubungan perdagangan terbentuk dengan wilayah luar seperti Eurasia,Timur Jauh, India dan Afrika Hitam. Walaupun pada abad ke-10, terjadi pergolakan politik, kemajuan ekonomidan budaya terus berlangsung, sehingga seorang orientalis Swiss, Adam Mez, padaketika itu memanggil periode tersebut “periode Pembaharuan Islam”.9


            Menurutcatatan Abdullah Musthafa al-Maraghi, terdapat lebih daripada 161 orang pakardalam bidang fikah yang lahir dan hiduppada masa pemerintahan Bani Abbasiyah,yang berkedudukan di Baghdad, Iraq.10  Para fukaha yang tulisannya berkaitan denganpemikiran ekonomi yang berjaya dikumpulkan oleh Muhammad Nejatullah Siddiqi,11,12pada masa pemerintahan Bani Abbasiyah termasuklah :

            1.         Yahya bin Adam al-Qarasyi (w. 203 H / 818 M)
            Padaperiode awal Daulah Abbasiyah, ramai penulis yang cenderung membahaskan tentangkewangan negara. Terdapat beberapa hasil kerja tentang kewangan negara yangmasih ada ataupun yang dilaporkan.  Salahsatu daripadanya ialah Kitab al-Kharajyang ditulis oleh Yahya bin Adam dan buku ini mendapat perhatian dari parapenulis hari ini.  Buku itu telahditerjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, tetapi ia tidak memberi perhatiankhusus pada pemikiran ekonomi ataupun analisanya. 

            2.         Asy-Syafi’i (150-204 H / 767-820 M)
            Beliaulahir di Ghazah dan wafat di Mesir.  ImamSyafi’i hidup pada masa pemerintahan Bani Abbasiyah, mulai dari Khalifahal-Mansyur (136 H / 754 M).  Tidak banyakyang dapat dilaporkan tentang pemikiran ekonomi Imam Syafi’i, namun yangpenting untuk diperhatikan ialah penolakkannya terhadap kebebasan menggunakanmaslahah sebagai acuan dan pemikiran analogi demi kepentingan barang peribadiataupun barang awam.  Dia menekankanbahawa ketentuan yang berdasarkan maslahah hanya berlaku apabila kepentinganawam yang berkaitan ataupun kegunaan peribadi itu dikenal secara jelas dalamAl-Quran, dalam Sunnah ataupun melalui Ijma’.  Perkara ini berbeza dengan kedudukan yang diambil oleh Imam Malik, ImamAbu Hanifah dan juga Imam Ahmad bin Hanbali, di mana kesannya berbeza terhadapurusniaga tertentu.

            3.         Abu Ubaid al-Qasim bin Salam (w. 224 H / 838 M)
            AbuUbaid al-Qasim bin Salam dikatakan hidup pada masa pemerintahan Bani Abbasiyah,bermula dari pemerintahan Khalifah al-Mahdi (158 H / 775 M).   Kitabal-Amwal yang ditulis oleh Abu Ubaid merupakan  satu karya yang lengkap tentang kewangannegara dalam Islam.   Buku itu bermuladengan bab singkat tentang ‘hak penguasa atas rakyat dan hak rakyat berhubungandengan penguasa’ dan diteruskan dengan bab tentang harta yang dikelolakan oleh pemimpin demi kepentingan rakyat danpenulisannya itu berdasarkan Kitab Allah dan juga Sunnah.

            Bab-bablain yang lebih tebal yang terdapat dalam buku tulisan Abu Ubaid inimembincangkan tentang pengumpulan dan pembayaran dari tiga jenis pendapatanyang dibahaskan dalam bab kedua, iaitu zakat (termasuk ushr), seperlima dari rampasan perang dan dari hartapeninggalan/tertanam, dan fai’ yang termasuk kharaj,jizyah dan pendapatan lain yang tidak termasuk dalam kategori pertamadan kedua, contohnya penemuan yang hilang, kekayaan yang ditinggalkan tanpawaris, dan lain-lain.  Buku ini sangatkaya dengan sejarah ekonomi dari paruh pertama abad kedua Islam.  Buku ini juga merupakan satu ringkasantradisi dari Nabi Muhammad SAW dan laporan dari para sahabat dan parapengikutnya tentang persoalan ekonomi.

            AbuUbaid tidak hanya melapor pendapat dari orang-orang lain, tetapi dia jugamengakhirinya   dengan mengungkapkansuatu rujukan daripada beberapa pendapat yang pernah dilaporkan, ataupun diajuga memberikan pendapatnya sendiri pada beberapa asas ataupun alasansyariah.  Contohnya, setelah melaporkanberbagai pendapat tentang berapa jumlah zakat yang boleh diterima olehseseorang, dia kemudiannya menyatakan yang dia tidak bersetuju denganorang-orang yang meletakkan suatu batas tertinggi pada hibah seperti itu.

            4.         Ahmad bin Hanbali (164-241 H / 780-855 M)
            Diadilahirkan dan wafat di Baghdad.  ImamHanbali hidup pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah bermula dari Khalifahal-Mahdi (158 H / 775 M).  Pada masapemerintahan Khalifah al-Ma’mun (198 H / 813 M), al-Mu’tashim (218 H / 833 M)dan al-Watsiq (227 H / 842 M), Imam Hanbali pernah dihukum sebat dandipenjarakan kerana keteguhannya memegang keyakinan yang bertentangan denganfahaman muktazilah (menganggap Al-Quran adalah makhluk), yang merupakan fahamanresmi pemerintah.  Namun, oleh kerana diamempunyai pengikut yang ramai, khalifah berikutnya iaitu al-Mutawakkil (232 H /847 M) membebaskannya dan menghapuskan pemaksaan fahaman muktazilah.13

            Imamdari mazhab keempat terbesar ini mempunyai pembahasan terperinci tentangmaslahah, tujuan syariah, dan kebebasan menerima cara-cara untuk tujuan iniasalkan tidak dilarang dalam syariah.

            Walaupunmereka setia dan tetap teguh pada tradisi yang diamalkan oleh Nabi MuhammadSAW, kebebasan menggunakan maslahah memungkinkan para ahli hukum mazhab Hanbalimenjadi lebih fleksibel dan realistik dalam menerima sesuatu pendirian yangberkaitan dengan persoalan ekonomi yang selalu berubah daripada aliranlainnya.  Catatan lain tentang ImanHanbali ialah pandangannya yang mewakili pendekatan Islam untuk memeliharapersaingan yang adil di pasar.  ImamHanbali mencela pembelian dari seorang penjual yang menurunkan harga baranguntuk mencegah orang membeli barang yang sama dari pesaingnya.   Kalau penurunan harga seperti ini dibiarkanberleluasa, penjual yang menurunkan harga akan berada di kedudukan monopoli dandapat menetapkan harga mengikut kemahuannya. Walaupun penurunan harga yang menyeluruh dapat menguntungkan orang,pemimpin haruslah berwaspada dalam mengambil keputusan.  Imam Hanbali menetapkan hukum campur tangandalam keadaan seperti itu, untuk mencegah terjadinya monopoli dan amalan yangtidak diingini. 

1.     Harits bin Asad al-Muhasibi (w. 243 H /859 M)
Harits bin Asad al-Muhasibihidup pada masa Khalifah Harun ar-Rasyid (170 H / 786 M) sehingga Khalifahal-Mutawakkil (232 H / 847 M).   Beliaumenulis beberapa karya tentang tasawuf, dan di antaranya ialah suatu makalahpendek tentang cara-cara memperoleh pendapatan untuk suatu mata pencarian, yangbaru-baru ini diterbitkan dengan judul ‘Al-Makasib’.    Dia berkata, “Seseorang yang kegiatannya dalam mencari suatu mata pencarian adalahuntuk membangunkan hak, dan berhenti daripada melanggar batas yang ditentukanoleh Allah SWT dalam menghormati kesolehan perdagangan dan industri dankegiatan lainnya adalah seseorang yang mentaati Allah SWT dan sesuai mendapatpenghargaan sebagai orang yang berpengetahuan.”

Al-Muhasibi selanjutnyamelaporkan bagaimana para sahabat Nabi Muhammad SAW mengamalkan huraian ini danmencatat bahawa suatu penarikan diri dari kegiatan ekonomi sebagaimanadianjurkan oleh orang, tidak ada kaitannya dengan ajaran Islam yang benar.   Seterusnya, dia menekankan keperluanmenghindari semua laba dan upah yang berkaitan dengan perbuatan yang tidakdikehendaki.  Seseorang harus ikhlas danterlibat dalam usaha yang bertujuan membantu umat Islam lainnya.  Mungkin menarik untuk diperhatikan bahawapenulis juga menentang dengan keras pedadang di zamannya yang bertindak : “Seperti mereka tidak percaya pada HariPengadilan dan terlibat dalam kegiatan yang melanggar hukum.”

6.         Junaid al-Baghdadi (w. 297H / 910 M)
Junaid al-Baghdadi hidup padamasa pemerintahan Khalifah al-Mutawakkil (233 H / 847 M) sehingga Khalifahal-Muqtadir (232 H / 908 M).  Beliauialah seorang sufi utama, walaupun begitu dia hidup sebagai seorangpedagang  yang menghabiskan sebahagianbesar hartanya untuk teman-teman sufi yang miskin.   Baginya, inti dari tasawuf adalah “untukmembuang motivasi kepentingan diri sendiri, untuk melatih mutu kerohanian,untuk mengabdikan diri pada pengetahuan yang benar, untuk melakukan apa yangterbaik dalam hubungan dengan keabdian, untuk mengharapkan kebajikan untukseluruh masyarakat, untuk menjadi benar-benar beriman kepada Tuhan danmengikuti Nabi dalam hal-hal syariah”

2.     Qudamah bin Ja’far (w. 337 H / 948 M)
Qudamah bin Ja’far hidup padamasa pemerintahan Khalifah al-Mu’tamid (256 H / 870 M) sehingga Khalifahal-Muthi’ (334 H / 946 M).  Kitab yangditulisnya, al-Kharaj, telahditerjemah ke dalam bahasa Inggeris tetapi malangnya tidak ada analisis yangditulis tentang hal-hal ekonominya yang kaya.

3.     Ibnu Miskawaih (w. 421 H / 1030 M)
Ibnu Miskawaih hidup pada masapemerintahan Khalifah al-Muthi’ (334 H / 946 M) sampai Khalifah al-Qadir (381 H/ 991 M).  Karya Ibnu Miskawaih tentangfilosofi etik adalah suatu usaha menyatukan pendapat Aristotle tentang perkarayang sama dengan ajaran Islam.    Tidakmungkin wawasan yang luas yang disumbangkannya itu dapat dimuatkan dalam bukuyang singkat ini.  Jadi, kita tumpukanperhatian kita pada pertukaran dan peranan wang saja.  Ibnu Miskawaih mengatakan yang, “Manusia, secara semulajadi bersifatsosial.  Mereka tidak dapat hidup tanpakerjasama.  Oleh kerana itu, merekaharus  membantu di antara satu samalain.  Mereka saling mengambil dan salingmemberi.   Jadi mereka menuntut bayaranataupun pendapatan yang sesuai.   Kalautukang kasut menggunakan perkhidmatan tukang cat dan dia sendiri memberikanperkhidmatannya, ini akan menjadi ganjaran jika kedua-dua perkhidmatan ituseimbang.   Tetapi tidak ada penghalangyang perkhidmatan seseorang itu lebih baik dari yang lain.  Dalam perkara ini, dinar akan menjadi suatupenilai dan penyeimbang di antara kedua-duanya.”

Ibnu Miskawaih juga sangatbijaksana kerana menyedari tindakan mengukur dengan ukuran wang belum lagisempurna.   Oleh kerana itu, sangatpenting bagi pemimpin melakukan campur tangan untuk menjamin keadilan di antarakedua-dua pihak yang melakukan urusniaga itu.

Beliau juga menghuraikanurusan wang dalam makalah lain yang bertemakan keadilan.  Dia memerhatikan yang emas dapat diterimasecara universal ataupun dengan kata-katanya sendiri yang berbunyi, “Standard untuk semua jenis pekerjaan danlapangan kerja dan penggantinya untuk kesemuanya” adalah melaluikelaziman.   Kelaziman itu mempunyaialasan di sebalik itu, iaitu mutu hakiki dari sesuatu logam tertentu : tahanlama, mudah dibawa, tidak boleh disogok, dikehendaki orang dan juga orang-orangsenang melihatnya.   “Dan bahawa dia telah menukarkan segalanyauntuk emas dan disimpannya di tempat mereka, dan menjadi pengganti untuksemuanya.  Dia melakukan perkara yangbaik kerana dia dapat apa yang diperlukannya dengan emas itu.”

9.         Abu Ja’far ad-Dawudi (w.402 H / 1012 M)
Abu Ja’far ad-Dawudi hiduppada masa Khalifah ath-Tha’i (363 H / 974 M) sehingga Khalifah al-Qadir (381 H/ 991 M).  Ad-Dawudi menulis Kitab al-Amwal.

10.       Mawardi (364-450 H /974-1075 M)
Dilihat dari tahun kelahirandan wafatnya, boleh disimpulkan yang Mawardi hidup pada masa pemerintahanKhalifah ath-Tha’i (363 H / 741 M) sehingga Khalifah al-Qa’im (422 H / 1031M).   Buku Al-Ahkam as-Sulthaniyyah yang ditulis oleh Mawardi ialah suatumakalah tentang pemerintahan dan pentadbiran yang berkaitan dengan : kewajibanpemimpin, penerimaan dan pengeluaran awam, tanah awam, tanah umum, dan prerogatifnegara untuk menghibahkan tanah dan mengawasi pasar.   Adalah kewajiban dari muhtasib, yang fungsinya mengawasi pasaran, untuk menjaminkebenaran timbangan dan ukuran, mencegah penyimpangan dan melihat  ketentuan syariah, yang berkaitan dengan urusniaga,diikut oleh pedagang dan penjual.

Kitab Mawardi yang bertajuk Adabud Din wad-Dunya dipenuhi denganpandangan-pandangan ekonomi kerana ia tertumpu pada perilaku individuMuslim.  Bukunya mempunyai pengaruh yangkuat dari karya ahli tasawuf, di mana banyak daripada karya-karya itudipetiknya.   Perkara ini sejalan dengankarya-karya tasawuf yang lain kerana ia tertumpu pada budi luhur dan simboldari seorang Muslim yang baik.  Mawardijuga memetik ucapan orang-orang bijak tetapi sumber utamanya ialah ucapan NabiMuhammad SAW, para sahabat dan orang-orang yang menggantikannya.

Dalam buku Adabud Din wad-Dunya, dia membincangkanperkara-perkara yang berkaitan dengan pertanian, penternakan haiwan,perdagangan dan industri, yang mana menjadi empat cara utama mencari matapencarian.   Dia juga membahaskan tentangpendekatan yang boleh dilakukan untuk mendapat pendapatan.  Seseorang boleh mendapat penghasilan yanglebih dari keperluannya asalkan dia bermaksud menggunakannya untuk tujuan yangbaik.   Tetapi mencari duit demi untukduit dan bertujuan menimbun kekayaan dan juga untuk menuntut kekuasaan adalahtidak baik.  Secara ringkasnya, tidakberakhir untuk ketamakan yang boleh merosakkan budi yang luhur.

Di samping makalah-makalahini, Mawardi juga meninggalkan sebuah karya besar tentang fikah, iaitu al-Hawi.   Sebahagian daripada buku itu sekarang telahditerbitkan dengan tajuk al-Mudharabah.  Ini adalah suatu kajian perbandingan diantara berbagai aliran hukum Islam tentang perkara-perkara yang berkaitan denganhasil.  Persoalan menarik yangdibincangkan ialah pemilik dari sesuatu barang modal mengikat kontrak denganseorang pengusaha yang mahu menggunakan barang modal tersebut untuk tujuanproduktif, dan hasilnya akan dibahagi dua. Mawardi tidak bersetuju dengan perkara ini, dan pendapatnya diikuti olehkebanyakan ahli hukum.  Sebagaimana yangdiketahui, beberapa ahli hukum dari mazhab Hanbali membenarkan suatu mudharabahseperti ini, dan pendapat ini nampaknya lebih sesuai untuk menjawab keperluanpada masa sekarang ini. 

11.       Ibnu Hazm (384-456 H /994-1054 M)
Dilihat dari tahun kelahirandan wafatnya, Ibnu Hazm hidup pada masa pemerintahan Khalifah Al-Qadir (381 H /991 M) sehingga Khalifah al-Qa’im (422 H / 1033 M).   Ibnu Hazm ialah seorang ahli hukum yangbesar dan dia mempunyai pendekatan yang unik terhadap hukum Islam, di mana diamenolak pemikiran analogi seperti istihsan. Dia mempunyai pandangan yang jelas tentang tanggungjawab kolektif dalammasyarakat Islam.  Ibnu Hazm mempunyaipendapat tentang menghapuskan kemiskinan dan memelihara keadilan sosial sertakewajiban pemerintah Islam dalam hubungan ini. Pandangannya tentang hak orang yang tidak mempunyai kekayaan atas yangmempunyai kekayaan juga dihargai.

Dapat juga dicatat yang diaadalah satu-satunya ahli hukum besar yang melarang penyewaan tanahpertanian.  Ini membuatkan para pemiliktanah mempunyai dua pilihan saja, sama ada mengusahakan sendiri tanahnyaataupun memasuki suatu perjanjian dengan pengusaha tanahnya bagi hasil tanahtersebut.

12.       Nizamul Mulk at-Tusi(408-485 H / 1018-1093 M)
Dilihat dari tahun kelahirandan wafatnya, Nizamul Mulk at-Tusi hidup pada masa Bani Abbasiyah bermula dariKhalifah al-Qadir (381 H / 991 M) sehingga Khalifah al-Muqtadi (467 H / 1075M).

Beliau ialah Perdana Menteriyang penting untuk tiga puluh tahun, sepanjang Dinasti Saljuk Turki (447 H /1055 M).   Dia mempunyai pengetahuantentang semua persoalan pentadbiran terutamanya yang berkaitan dengan tanah.  Polisi tentang tanah sering dibahas ketikaitu dan perkara yang berkaitan dengan tanah dijelaskan dalam kitabnya yangbertajuk Siasat Nameh yangmenampilkan sebuah gambaran yang keseluruhannya berbeza dengan feudalismeEropah.  Menurut at-Tusi, penguasa yangmenguasai tanah, bukannya tuan tanah. At-Tusi nampaknya merasionalkan amalan feudal kuno di Parsi yangberkaitan dengan hak dari penguasa.   Diamencadangkan pembatalan dari pembebanan oleh tuan tanah yang tidak dapatmemenuhi kewajibannya.  Pada pendapatnya,tuan tanah hanyalah sebagai pengumpul cukai, malah mereka tidak mempunyai hakuntuk menetapkan jumlah cukai kerana itu merupakan hak mutlak pemerintah.   Dia ingin mengurangkan kekuasaan dan hakmutlak tuan tanah dan menjadikan pemerintah lebih berkuasa.

13.             Al-Sarakhsi (w. 483 H / 1090 M)
Syamsuddin al-Sarakhsi hiduppada masa pemerintahan Abbasiyah bermula dari Khalifah al-Qadir (381 H / 991 M)sehingga Khalifah al-Muqtadi (467 H / 1075 M). Dia ialah seorang ahli hukum terkemuka dari aliran Hanbali yang karyabesarnya, Al-Mabsut, terkenal keranawawasan analisisnya bagi hasil dan sifat dari keuntungan itu sendiri.  Malangnya, sejauh ini karyanya masih belumdikaji untuk keperluan analisis dan gagasan ekonominya.

14.             Al-Ghazali (451-505 H / 1055-1111 M)
Dilihat dari tahun kelahirandan wafatnya, al-Ghazali hidup pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah, bermuladari Khalifah al-Qa’im (422 H / 1031 M) sehingga Khalifah al-Mustazhhir (487 M/ 1094 M).  Al-Ghazali merujuk padatasawuf sebagai cara untuk meyakini dan janji dalam suatu abad yang dikuasaioleh hal-hal keduniawian.  Jadi, tidakhairanlah gagasan ekonominya dipengaruhi oleh pemikiran para sufi yangdipetiknya seluruhnya dalam magnum opus-nya,Ihya’ Ulumuddin.  Karya awalnya tentang usul fikih, al-Mushtafa, dan dua makalah lainnya, Mizanul A’mal dan at-Tibr al-Masbuq fi Nasihatil Muluk, adalah karya utama daripemikiran ekonominya, di samping Ihya’Ulumuddin.

Tumpuan utama al-Ghazali ialahperilaku individu yang dibahasnya secara terperinci dengan mengingat Al-Quran,Sunnah, laporan yang berkaitan dengan para sahabat Nabi Muhammad SAW danorang-orang yang menggantikannya, juga ucapan-ucapan para sufi utama yang laluseperti Junaid, Bishr, Zun Nun al-Misri dan al-Harits al-Muhasibi.   Ada suatu penekanan besar pada maksud baikdan perbuatan yang disengajakan.  Jadiadalah lebih baik kalau seorang pedagang “mengarahkankepakarannya ataupun dagangannya pada pemenuhan salah astu dari tanggungjawabsosialnya.”

Seseorang individu harusmenghasilkan tidak lebih dan tidak kurang dari apa yang diperlukannya untukmakanan, pakaian dan untuk tempat tinggal. Keperluan dasar ini diperluaskan untuk memenuhi keperluan rumah tanggayang penting, perkahwinan, membesarkan keluarga dan juga sedikit tanah.  Tetapi dia tidak begitu bermurah hati ketikamendefinisikan standard untuk keperluan yang harus dipenuhi itu.  Standard-standard yang menjadi contohnyaialah yang berkaitan dengan kehidupan Nabi Muhammad SAW, para sahabat danorang-orang yang mengantikan Nabi Muhammad SAW, sesuai dengan apa yangdifahaminya.  Dia tidak pernah terfikiryang masyarakatnya sendiri, anugerah alam, dan standard pakaian, tempat tinggaldan lain-lain itu ada kena mengena dengan perbahasannya.  Malah dalil dari penghasilan dan simpananuntuk memberikan derma juga tidak disenangi, walaupun Khalifah Ali dilaporkanpernah berkata, “Jika seseorang mempunyaisemua kekayaan di dunia untuk dibelanjakan di jalan Allah, dia akan tetapmenjadi seorang zahid.”  Manakalamengenai penghasilan dan simpanan dengan motif duniawi, dia berkata, “Seseorang yang memiliki kekayaan duniawimelebihi dari yang diperlukannya dan menimbun dan menyimpannya untuk dirisendiri sedangkan dia berada di antara umat Allah yang memerlukan kekayaan itu,maka orang seperti ini adalah seorang penindas. Dia berada di antara mereka yang menimbun emas dan perak.”   Dia menambah, namun demikian, ini bukanlahsuatu ketentuan yang sah kerana menghitung keperluan individu secara objektifbukanlah sesuatu yang mudah.

Norma-norma al-Ghazali mungkinberhubungan dengan beberapa cita-cita sufi untuk generasinya sendiri,sebagaimana juga cita-citanya untuk generasi Muslim selepas dirinya, yangdiperkaya dengan Ihya’-nya, malahsehingga  hari ini sebagai suaturingkasan ajaran Islam.   Tapi nampaknyamereka telah mempunyai sedikit pengaruh pada kehidupan di dalam pengadilanistana.   Dia yakin ketika memberinasihat kepada pemimpin untuk menjalankan tanggungjawab terhadap rakyatnya,memenuhi keperluan mereka dan menghentikan perbuatan rasuah, seperti  memungut cukai yang tidak dibenarkan oleh syariah.  Ketika rakyat mengalami kekurangan dan tidakmempunyai cara untuk mendapat pencarian hidup, menjadi kewajiban pemimpinmenolong dengan menyediakan makanan dan duit yang diperlukan.  Manakala mengenai cukai yang melebihi  dan yang lebih daripada apa yang ditetapkanoleh syariah, dia hanya mengizinkan jika pengeluaran adalah untuk pertahanandan lain-lain dan tidak dapat dipenuhi oleh pendapatan normal.  Dalam keadaan beginilah, pinjaman oleh negaradibenarkan.

Wawasan analisis al-Ghazalijuga telah memperkayakan evolusi ekonomi Islam tentang duit dan memerhatikanbagaimana masyarakat awam telah diatur tanpa perlu.   Sumbangannya yang besar mengingatkan kitapada ahli falsafah lain seperti Ibnu Miskawaih. Al-Ghazali memberikan beberapa wawasan tambahan.  Dia cuba menerangkan yang dia melarang riba al-fadl dengan alasan bahawa riba al-fadl melanggar sifat dan fungsiduit.  Dia juga mengecam penimbunan wang,dengan alasan duit dirancang untuk memudahkan pertukaran.  Sebaliknya, penimbunan menghalang proses ini.

15.             Nasiruddin at-Tusi (597-672 H / 1201-1274M)
Dilihat dari tahun kelahirandan wafatnya, Nasiruddin at-Tusi hidup pada masa pemerintahan Bani Abbasiyah Iyang berkedudukan di Baghdad, Iraq, bermula dari Khalifah an-Nashir (575 H /1180 M) sehingga pemerintahan Bani Abbasiyah II yang berkedudukan di Kahirah,Mesir pada masa Khalifah al-Hakim (660 H / 1262 M).  Nasiruddin at-Tusi disanjung keranarisalahnya tentang kewangan negara.  Diamencadangkan agar bayaran cukai dikurangkan dan menentang semua jenis cukaiyang tidak ditentukan oleh syariah dengan jelas.    Dia menekankan kepentingan pertanian danmenganggap perdagangan dan kegiatan lain sebagai kepentingan nombor dua.  Risalahnya juga membahaskan perilaku ekonomidari individu.  Dia menekankankepentingan simpanan dan mencadangkan agar pengeluaran tidak digunakan untukperhiasan dan tanah yang tidak diusahakan.  At-Tusi juga membahaskan tentang pembahagian kerja dan kesejahteraanumum.  Beliau mengecam keras penggunaanyang berlebihan dan penekanannya pada simpanan dibincangkan juga dalamrisalahnya.  At-Tusi mahu penguasa Mongolmenyedari yang pertanian adalah asas untuk seluruh ekonomi dan kemakmuran yangdiperlukan sehingga kesejahteraan manusia dapat dijamin.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar