Sabtu, 18 Juni 2011

Sekilas Sejarah Pemerintahan Bani Abbasiyah


Setelah pemerintahan Bani Umayyah berakhir,kepimpinan kaum Muslimin diteruskan oleh Bani Abbasiyah.   Pertukaran kepimpinan yang beralih ke tanganBani Abbasiyah telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW, iaitu ketika beliaumemberitahu Abbas bin Abdul Muthalib, bapa saudaranya, bahawa pemerintahan akanberada dalam tangan anak cucunya.1

            KekuasaanPemerintahan Bani Abbasiyah berlangsung dalam rentang waktu yang panjang, iaituselama 524 tahun, dari tahun 132 H  - 656H / 750 M - 1258 M.   Sepanjang kepimpinannya, polapemerintahan yang diterapkan adalah berbeza-beza, sesuai dengan perubahanpolitik, social, dan budaya yang ada pada ketika itu.  Berdasarkan perubahan-perubahan yang dinamikini, beberapa ahli sejarah mengkategorikan pemerintahan Bani Abasiyyah kepadalima periode :2


1.                 PeriodePertama (132-232 H / 750-847 M)
2.                 PeriodeKedua (232-334 H / 847-945 M)
3.                 PeriodeKetiga (334-447 H / 945-1055 M)
4.                 PeriodeKeempat (447-590 H / 1055-1194 M)
5.                 PeriodeKelima (590-656 H / 1194-1258 M)

Ubaidillah al-Aysyi mengatakan yang bapanyamendengar golongan orang tua berkata, “Semasa pemerintahan Bani Abbas, tidak adaseorang penduduk bumi pada ketika itu yang lebih banyak bacaan Al-Qurannya danlebih banyak ibadatnya dari mereka.”3

            Khalifahpertama dari Bani Abbasiyah adalah Abdullah bin Muhammad bin Ali bin Abdullahbin Abbas bin Abdul Muthalib, yang bergelar As-Saffah.Dia dilantik pada tanggal 3 Rabiul Awal tahun 132 H.4

            PemerintahanAbbasiyah mencapai masa kegemilangannya pada periode pertama.  Secara politik, para khalifah benar-benarmenjadi tokoh yang kuat dan menunjukkan kekuasaan politik dan agama sekaligus.  Dicatat pula, pada periode ini, kemakmuranmasyarakat mencapai tingkat tertinggi, di samping perkembangan ilmu pengetahuanyang sangat pesat.

            Khalifahyang dianggap memiliki peranan menonjol pada periode pertama ialah Abu Ja’faral-Manshur (754-775 H).   Dia memindahkanibukota negara dari Al-Hasyimiyah, yang terletak berhampiran kota Kufah, kekota yang baru dibangunkannya, iaitu Baghdad, yang terletak berhampiran bekasibukota Parsi, Ctesiphon, pada tahun 762 H.  Dengan pemindahan itu, pusat pemerintahan Khalifah Abbasiyah berada ditengah-tengah bangsa Parsi.

            Dalammenjalankan pemerintahannya, Abu Ja’far al-Manshur melakukan banyak halpenting, di antaranya ialah :5

1.         Melantikbeberapa orang untuk memegang jawatan di Lembaga Eksekutif dan Judikatif.
2.         Melantik Wazir (menteri) sebagaikoordinator jabatan.  Wazir pertama yangdilantiknya ialah Khalid bin Barmak, yang berasal dari Balkh, Parsi.
3.         Membentuk lembaga protokol negara.
4.         Melantik Setiausaha Negara
5.         Membentuk Pasukan Polis Negara.
6.         Membenahi Angkatan Bersenjata Negara.
7.         Membentuk Lembaga Kehakiman Negara danmelantik Muhammad bin Abur Rahman sebagai Hakim Negara.
8.         Meningkatkan peranan Jabatan Pos yangpada masa Bani Umayyah hanya bertugas menghantar surat.  Kini tugas-tugasnya termasuklah mengumpulkanseluruh maklumat di daerah-daerah sehingga hal-hal pentadbiran negara berjalanlancar.
9.         Menugaskan para pengarah Jabatan Posmenghimpun maklumat tentang kinerja Gabenor setempat dan menyampaikannya padapihak pemerintah.

            Khalifahlain yang juga memiliki peranan penting pada periode pertama ialah Al-Mahdi(775-785 M).  Pada masa pemerintahannya,ekonomi negara mengalami peningkatan di sektor pertanian, dengan adanya sistemsaliran dan juga di sektor perlombongan emas, perak, tembaga dan besi.  Di samping itu, kota Basrah menjadi pelabuhanpersinggahan yang penting di antara Timur dan Barat, yang banyak menghasilkankekayaan.

            Kepopularanpemerintahan Bani Abbasiyah mencapai kemuncaknya pada masa Khalifah Harunal-Rasyid (786-809 M) dan anaknya al-Makmun (813-833 M).  Terdapat kisah menarik ketika Khalifah Harunal-Rasyid mengirim jam dinding sebagai hadiah kepada Chalemagne, seorangpemimpin Eropah.  Jam itu berbunyi setiapjam itu  dan orang-orang Eropah berfikirada jin di dalamnya, sehingga membuat mereka ketakutan.  Philip K. Hitti mengatakan bahawa peradabanumat Muslimin di bawah kepimpinan Khalifah Harun ar-Rasyid ketika itu jauhmelebihi peradaban kaum Kristian di bawah pemimpinan Chalemagne.6

            Disamping itu, setiap kali nama ibukota Baghdad disebut, orang-orang Barat akandiingatkan oleh sebuah buku yang bertajuk Thousandand One Night (Kisah Seribu Satu Malam) yang dirujuk kepada Khalifah Harunar-Rasyid.   Buku itu menggambarkanKhalifah Harun ar-Rasyid sebagai seorang pemimpin yang gemar hidup mewah danberpoya-poya.   Padahal, diriwayatkanbahawa Khalifah Harun ar-Rasyid mempunyai keperibadian yang tinggi dan dikenalisebagai seorang yang kuat beribadat dan suka berjihad.7

            Padamasa pemerintahan Bani Abbasiyah, peradaban Islam mencapai zaman kegemilangandan beroleh kejayaan.   Peradaban Islammerupakan peradaban termaju sehingga mampu menjadi pemimpin peradaban duniaselama beberapa abad.  Universitinyamenjadi tempat perkumpulan para sarjana yang datang menuntut ilmu, baik dariEropah mahupun dari negara lain.   Ketikaitu, bahasa Arab menjadi bahasa termaju di dunia dalam bidang ilmupengetahuan.  Orang-orang yang inginmenimba ilmu pengetahuan harus terlebih dahulu menguasai bahasa Arab.  Menggunakan bahasa Arab dalam percakapan padaketika itu membuktikan tahap wawasan yang tinggi.   Manakala para ilmuwan Bani Abbasiyah adalahtokoh-tokoh terkenal dan karya-karya mereka menjadi bahan rujukan utama bagipara ilmuwan Timur dan Barat.8

            Ketikaitu, semua bidang ilmu pengetahuan tumbuh subur.   Rumusan-rumusan baru, yang sebelumnya belumdirumus dalam bentuk formal, mulai muncul.  Ilmu  kedoktoran, anatomi,astronomi, optikal, matematik dan ilmu pengetahuan lainnya berkembang denganpesat. 

            Padamasa inilah, kesejahteraan sosial, kesihatan, pendidikan, ilmu pengetahuan,kebudayaan, sastera berada pada zaman kegemilangannya.  Ketika ini jugalah Daulah Islam menempatkandirinya sebagai negara terkuat dan tidak ada tolok bandingnya di dunia.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar