Padamasa pemerintahan Bani Umayyah, Ilmu Ekonomi Islam secara bertahap berkembangsebagai suatu bidang ilmu yang menjadi bahan kajian para fukaha, sufi, ahlifalsafah, ahli sosiologi dan juga ahli politik.
Paracendekiawan itu bukanlah ahli-ahli ekonomi yang sebenarnya kerana pada masaitu, klasifikasi disiplin ilmu pengetahuan belum lagi dilakukan. Mereka memiliki keahlian dalam berbagaibidang ilmu. Besar kemungkinan inilahyang menyebabkan mereka melakukan pendekatan antara disiplin, di antara ilmuekonomi dengan ilmu yang mereka kaji sebelumnya. Pendekatan ini membuat mereka tidakmenumpukan perhatian hanya pada variabel-variabel ekonomi semata-mata.35
MenurutDr. Umar Chapra, para cendekiawan ini menganggap kesejahteraan umat manusia sebagaihasil akhir daripada interaksi di antara faktor ekonomi dan faktor-faktor lainseperti moral, sosiologi, demografi dan juga politik. Semua faktor tersebut berpadu menjadi satu,sehingga tidak ada satu faktor pun yang dapat memberi sumbangan optimum tanpasokongan faktor yang lainnya.36
MenurutMuhammad Nejatullah Shiddiqi37, ilmu ekonomi dari para fukahakebanyakannya lebih bersifat normatif, iaitu berkaitan dengan ciri-ciri yangterperinci : perilaku yang adil, polisiyang sesuai, dan batasan yang dibenarkan dalam menyelesaikan masalah dunia.
Diajuga mengatakan yang sumbangan utama tasawuf bagi pemikiran ekonomi ialahanjuran untuk menarik diri secara tetap (constantpull) untuk tidak memberi nilai terlalu tinggi pada kekayaan material dansatu dorongan yang keras (persistentpush) untuk memerhatikan kepentingan orang lain dan tidak mementingkan dirisendiri melebihi ciptaan Allah.
Ahlifalsafah Muslim mengikut cara ahli falsafah Yunani, khususnya Aristotle(367-322 SM), tetapi masih tetap setia pada syariah dengan segala ketulusanhati, terutamanya dengan memberi lebih perhatian kepada sa’adah ataupun kebahagiaan dalam erti yang paling luas. Secara umum, cara mereka berfikir kerap kalimenjurus ke arah fenomena ekonomi makro. Perkara ini berbeza dengan para fukaha yang telah terikat perhatiannyapada masalah-masalah ekonomi mikro.38
Aliranutama pemikiran ekonomi Islamik datang dari para fukaha, tetapi para sufi dahahli falsafah juga berjaya menambahkan bahan-bahan kepada aliran ini, yangmeratakan jalan bagi suatu sistesis untuk tempoh berikutnya.
Berbezadengan para pemikir ekonomi konvensional, para pemikir Muslim dalam bidangekonomi tidak melahirkan mazhab-mazhab ataupun aliran ekonomi yang kebenarannyaataupun masa berlakunya dibatasi oleh ruang dn waktu. Tulisan mereka merujuk pada sumber yang sama iaitu padaAl-Quran, Sunnah dan fikah, jadi pemikiran mereka pada dasarnya tetap berlakudan boleh dianggap benar sepanjang zaman, sehingga terus berkembang kelengkapandan kesempurnaannya.
Perbezaanpendapat di antara para fukaha mungkin juga berlaku, tetapi hanya padapenafsirannya saja kerana mereka menggunakan kaedah yang berbeza. Menurut catatan Abdullah Musthafa al-Maraghi,sepanjang pemerintahan Bani Umayyah, terdapat lebih dari 14 orang yang pakardalam bidang fikah.39
Diantara para fukaha, yang menulis tentang pemikiran ekonomi yang berjayadikumpulkan oleh Muhammad Nejatullah Siddiqi,40 ialah : Imam Abu Hanifah (80-150 H / 699-774 M),Al-Awza’i (88-157 H / 707-774 M), Imam Malik bin Anas (93-197H / 712-795 M), Abu Yusuf (113-182 H / 731-798M) dan Muhammad bin Hasan asy-Syaibani(132-189 H / 750-804 M).
1. ImamAbu Hanifah an-Nu’man (80-150 H / 699-774 M)
AbuHanifah dilahirkan di Kufah dan wafat di Baghdad dan hidup pada zaman BaniUmayyah selama 52 tahun, bermula dari pemerintahna Khalifah Abdul Malik (86 H /685 M) dan pada zaman Bani Abbasiyah selama 18 tahun. Ahli hukum yang hebat ini juga seorangpedagang yang berdagang di Kufah, yang pada ketika itu merupakan pusat kegiatankomersil dalam keadaan ekonomi yang berkembang dan makmur. Terdapat sebuah urusniaga yang semakin populapada wakti itu, iaitu salam ataupun kontrak penjualan suatu komoditi yang akandiserahkan pada waktu akan datang dengan bayaran tunai pada waktu kontrak itudibuat. Abu Hanifah menemui banyaksekali kekaburan dan kekeliruan tentang kontrak ini, sehingga mencetuskanperselisihan. Dia cuba menghapuskanperselisihan itu dengan menyenaraikan apa yang harus diketahui dan yang harusdinyatakan dengan jelas dalam kontrak itu, seperti : jenis komoditi, kuantiti dan kualitinya,serta tarikh dan tempat penyerahannya. Abu Hanifah menetapkan syarat iaitu komoditi mesti berada di pasar untukjangka masa yang menghalang, di antara kontrak dan tarikh penyerahan, sehinggakedua belah pihak tahu yang penyerahannya bakal terjadi. Dalam hal ini, pengalaman Abu Hanifah sertapengetahuannya dalam selok belok berdagang banyak membantu dalam memberikanpendapat yang bernas. Tindakannya sangatbijaksana kerana menghindari perselisihan dengan menghapuskan kekeliruan adalahtujuan dari syariah yang berkaitan dengan hal urusniaga.
Perkaralain yang diambilkira ialah tentang murabahah(kontrak penjualan dengan kenaikan atas harga beli). Pengetahuan secara langsung yang AbuHanifah miliki tentang selok-belok perdagangan membolehkan dia menentukanperaturan yang dapat menjamin pelaksanaan urusniaga yang adil. Abu Hanifah juga memberikan jalanpenyelesaian untuk masalah perdagangan lainnya, yang mana berkaitan dengannorma-norma Islam.
ImamAbu Hanifah sangat mengambil berat tentang golongan miskin dan lemah. Oleh kerana itu, dia tidak membebaskanbarang-barang kemas dari zakat. Pemilikyang memiliki hutang juga diharuskan membayar zakat. Dalam hal ini, Abu Hanifah menolakpelaksanaan muzara’ah (kontrak bagi hasil pertanian) semata-mata keranakeinginannya membela golongan yang lebih lemah, iaitu golongan petani kecilyang mana tanahnya mungkin tidak membuahkan sebarang hasil.
2. Al-Awza’i (88-157 H / 707-774 H)
Abdurrahman al-Awza’i dari Beirutsebaya dengan Imam Abu Hanifah. Diahidup semasa zaman pemerintahan Khalifah Bani Umayyah bermula dari Khalifahal-Walid (86 H / 705 M). Dia ialah pengasas sebuah aliran hukum agama tetapitidak dapat bertahan lama. Al-Awza’imembenarkan kebebasan berkontrak dan memberi kemudahan pada orang dalamurusniaga mereka. Dia juga membenarkanperkongsian hasil pertanian (muzara’ah),sesuai dengan keperluannya, seperti mana dia membolehkan perkongsian keuntungan(mudharabah). Dia membenarkan modal diberi dalam bentuktunai ataupun dalam bentuk semulajadi (namun ada beberapa ahli hukum lainmengharuskan tunai). Pendekatannya dalamhal-hal kontrak salam juga fleksibel.
3. Imam Malik bin Anas (93-197 H / 712-795 M)
ImamMalik bin Anas wafat di Madinah dan hidup semasa zaman pemerintahan KhalifahBani Umayyah, bermula dari Khalifah al-Walid (86H / 705 M). Beliau ialahpengasas sebuah aliran hukum Islam yang lain dan pemegang kuasa tradisi hidupkota Nabi, iaitu Madinah. Karyanya yangterkenal ialah kitab al-Muwattha’,sebuah kitab hadis yang berbentuk fikah ataupun kitab fikah berbentukhadis. Inilah kitab hadis dan fikahtertua yang pernah dijumpai.41
Walaupundia tidak banyak memberi pandangan tentang ekonomi, terdapat dua perkarapenting yang mesti diperhatikan, iaitu :
Pertama,Imam Malik berpendapat pemimpin harus bertanggungjawab atas kesejahteraanrakyat. Dia mengingatkan para pemimpinbagaimana Umar bin Khattab, khalifah kedua, mengambil berat tentang keperluanrakyat dan mendesak pemimpin sesudahnya melakukan perkara yang sama.
Kedua,tentang al-maslahah al-mursalah. Maslahah sama dengan kepentingan/kebaikan/kegunaan/manfaat baik untuk individu mahu pun untuk masyarakat. Mursalah pula bermakna bebas, tidakterbatas, tidak terikat. Merujuk kepadaasas syariah, Imam Malik dibimbing oleh maslahahuntuk segala perkara yang tidak termasuk dalam teks Al-Quran dan Sunnah.
Denganmenggunakan dua elemen di atas, secara jelas Imam Malik mengakui hak daripemerintahan Islam untuk memungut cukai apabila diperlukan seperti yangdisebutan secara khuss dalam syariah.
4. Abu Yusuf (113-182 H / 731-798 M)
AbuYusuf hidup pada masa pemerintahan khalifah Bani Umayyah, bermula dari KhalifahHisyam (105 H/724 M). Dialah ahliundang-undang pertama yang secara eksklusif mengkaji makalah tentang polisiekonomi. Bukunya ‘Kitabul Kharaj’ diikutioleh karya-karya yang sama yang ditulis oleh ahli undang-undang yang lain dikemudian hari. Dia memberi penekananpada tanggungjawab ekonomi yang dipegang pemimpin terhadap pemenuhan keperluanrakyat, serta pengembangannya, keadilan dan kesesuaian dalam pencukaian, dankewajiban pemimpin dalam menggunakan wang rakyat yang mana adalah suatukepercayaan (amanah) yang harus dipertanggungjawabkan untuk setiap pengeluaranyang dilakukan. Ini adalah tema-temayang sering diulang semula dalam semua tulisan tentang perkara yang sama. Dia menentang keras kutipan cukai pertaniandan perkara ini dirasakan lebih adil. Tindakan ini ialah untuk menghasilkan suatu pendapatan yang lebih besardan memudahkan perluasan kawasan yangdiusahakan. Abu Yusuf juga membericadangan-cadangan secara terperinci tentang cara-cara agar pengeluaran mencapaisasaran pembangunan pada pembinaan jambatan, empangan dan kerja-kerjasaliran. Walaupun sumbangan utamanyaterletak pada bidang kewangan negara, Abu Yusuf membincangkan juga tentangpolisi pengendalain harga. Perbincanganini membawanya ke perbahasan tentang bagaimana harga ditentukan dan bentukpengaruh dari berbagai jenis cukai yang berbeza.
5. Muhammad bin al-Hasan asy-Syaibani (132-189 H / 750-804 M)
Muhammadbin al-Hassan hidup pada masa pemerintahan Khalifah Bani Umayyah, bermula dariKhalifah Marwan H. al-Himar (127-132 H / 744-750 M) atau di akhir pemerintahanBani Umayyah. Dia menulis makalahringkas tentang pendapatan yang bertajuk Kitab al-Iktisan fir Rizq al-Mustathab(Buku tentang Pendapatan untuk Kehidupan yang Bersih). Dalam makalah pendek ini, dia membicarakantentang kepentingan suatu pendapatan untuk hidup, yang diperkuat dengan suatuperbincangan tentang cara utama untuk melakukannya, iaitu melalui : ijarah(sewa), tijarah (perdagangan), zira’ah (pertanian) dan sina’ah (industri). Berbagai ketentuan syariah untukmelaksanakan kegiatan ini diperkenalkan. Penulis juga menghuraikan perilakupenggunaan seorang Muslim yang baik, dan menonjolkan kebahagiaan dalam memberiderma dan pada masa yang sama, menunjukkan yang meminta-minta itu suatutindakan yang tidak elok.
Kitabas-Asl dari Muhammad dan karya hukum lainnya merupakan bahan standarduntuk berbagai urusniaga termasuklah : salam (pesanan yang pembayarandibuat pada mulanya), syirkah (kerjasama usaha), mudharabah(berkongsi hasil) dan lain-lain lagi. Bersama dengan Abu Yusuf, dia membentuk asas utama aliran utama Hanafidan hukum Islam, di mana makalah Muhammad lebih banyak berkaitan denganperilaku ekonomi Muslim sebagai individu. Manakala Abu Yusuf lebih banyak memberikan saranan kepada pemimpintentang polisi umum. Kedua-duanyamemberi kita gagasan yang lengkap tentang bagaimana kedua-dua pakar itumengimpikan suatu kehidupan ekonomi yang bercirikan Islam, baik secara individumahupun secara bermasyarakat. Tumpuanmereka berpusat pada pertimbangan suatu peranan yang aktif dari negara untukmenjamin agar semua keperluan dipenuh, wujudnya keadilan di antara manusia danjuga pembangunan ekonomi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar