Sabtu, 18 Juni 2011

Kegiatan Ekonomi pada Masa Pemerintahan Bani Umayyah



            WilayahIslam yang semakin luas sehingga mencapai hampir dua pertiga dunia dan diikutipula dengan perkembangan ilmu pengetahuan memberi kesan yang besar padaperkembangan ekonomi pada masa itu.  Satusistem ekonomi telah dikembangkan untuk mengatur semua kemajuan peradabantersebut.   Di antara para khalifah BaniUmayyah yang memberikan sumbangan bagi kemajuan ekonomi Islam ialah Mu’awiyahbin Abu Sufyan (661-680 M), Abdul Malik bin Marwan bin Hakam (685-705 M), Al-Walidbin Abdul Malik bin Marwan bin Hakam dan Umar bin Abdu Aziz (717-720 M).

            Sumbanganempat khalifah Bani Umayyah di atas dalam memajukan ekonomi tercatat dalamsejarah seperti berikut :32

 
1.                 KhalifahMu’awiyah mengeluarkan polisi untuk menetapkan bayaran gaji tetap kepadatentera , mencetak wang, melakukan perkembangan birokrasi seperti fungsimengumpulkan cukai, fungsi pentadbiran, mendirikan pejabat-pejabat yang lengkapdengan berbagai kemudahan.  Di samping itu,beliau juga melakukan pengawalan angkatan tentera perang dan mengembangkanjawatan Qadhi (hakim) sebagai jawatan profesional.
  1. Khalifah Abdul Malik bin Marwan bin Hakam pula banyak mengembangkan pemikiran yang serius dalam hal penerbitan dan pengaturan wang dalam masyarakat Islam.  Perkara ini berlaku disebabkan oleh permintaan pihak Rom yang mahu Khalifah Abdul Malik bin Marwan menghapuskan kalimat Bismillahirrahmaanirrahiim dari mata wangnya.   Pada masa itu, bangsa Rom mengimport dinar Islam dari Mesir.  Akan tetapi, permintaan itu ditolak oleh Khalifah Abdul Malik.   Malah, beliau mencetak mata wang Islam sendiri dengan kalimat Bismillahirrahmaanirrahiim pada tahun 74 H (659 M) dan mengedarkannya ke seluruh wilayah Islam, dan melarang penggunaan mata wang lain.  Dia juga menjatuhkan hukuman (ta’zir) kepada sesiapa yang melakukan pencetakan mata wang di luar percetakan negara.   Selain daripada itu, dia juga memperbaiki sistem pentadbiran pemerintahan dan menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi pentadbiran pemerintahan Islam.
3.         Khalifah Al-Walid, putera Abdul Malikbin Marwan bin Hakam, meneruskan kejayaan yang telah dicapai oleh bapanya,dengan melakukan lebih banyak pembangunan.  Dia membina rumah-rumah untuk orang cacat.   Semua pekerja yang terlibat dalam kegiatankemanusiaan diberi gaji tetap oleh negara.33   Khalifah Al-Walid membina jalan-jalan yangmenghubungkan satu daerah dengan daerah lainnya.  Di samping itu, beliau juga membinakilang-kilang, bangunan-bangunan pemerintahan dan masjid-masjid yang megah.
4.         Khalifah Umar bin Abdul Aziz melakukan ishlah (reformasi) sepanjangpemerintahannya  - yang hanya berlangsungselama 30 bulan – untuk semua perkara yang dianggapnya tidak sesuai denganajaran Islam yang mulia.  Dia memulakan ishlah itu dengan dirinya sendiri danjuga kaum keluarganya.  Kemudian barulahditeruskan kepada masyarakat sehinggalah ke seluruh negara.  Langkahishlah yang dilakukannya dicatat dalam sejarah seperti yang berikut :

            Sebelummenjadi khalifah, Umar bin Abdul Aziz terkenal dengan gaya hidup mewah dan sukaberpoya-poya.   Setelah dilantik menjadikhalifah, dia menjalani kehidupan yang soleh dan hanya mahu mengambil apa yangmenjadi haknya.  Beliau juga menyerahkansemua hartanya yang berlebihan kepada baitul mal dan hidup dalam kesederhanaan.
           
            Hartayang diserahkan itu termasuklah tanah-tanah kebun di Maghribi, berbagaisumbangan yang diterimanya di Yamamah, Mukaedes, Jabar al-Wars, Yaman danFadak.  Dia juga menyerahkan cincinberlian pemberian al-Walid.   Sepanjangpemerintahannya, dia tidak mengambil sesuatu pun dari baitul mal, termasuklahpendapatan fai’ yang memang sudahmenjadi haknya.

            Umarbin Abdul Aziz menetapkan gaji para pekerja sebanyak 100 hingga 200 dinar.   Mereka juga dilarang melakukan sebarangpekerjaan sampingan.   Dia juga melantikpekerja berdasarkan ketakwaan dan sikap profesional mereka. 

            Semasadilantik menjadi khalifah, dia mengatakan bahawa melakukan perbaikan danmeningkatkan kedudukan negeri yang berada dalam wilayah Islam adalah lebih baikdari menambah perluasannya.34  Ini bererti dia memberi keutamaan kepada pembangunan dalam negeri.   Dia juga menjaga hubungan baik dengan pihakpembankang dan memberi hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain.   Umar memiliki sifat melindungi danmenumpukan perhatian dalam meningkatkan kemakmuran dan taraf hidup masyarakatsecara keseluruhan.  Pada masapemerintahannya, dia memperkenalkan polisi ekonomi  daerah dan juga memberi jaminan sosial kepadamasyarakat.

Kegiatan Ekonomi pada Masa Bani Umayyah
Mu’awiyah memberi gaji tetap kepada paratentera, mencetak mata wang, mengawal angkatan tentera, dan menjadikan jawatanQadhi (hakim) sebagai jawatan profesional.

Abdul Malik bin Marwan bin Hakammengembangkan pemikiran yang serius dalam hal penerbitan dan pengaturan wangdalam masyarakat Islam.

Al-Walid bin Abdul Malik bin Marwan binHakam membina rumah-rumah untuk orang cacat, jalan-jalan yang menghubungkansatu daerah dengan daerah yang lain, kilang-kilang, bangunan pemerintahan danjuga masjid-masjid yang indah dan megah.

Umar bin Abdul Aziz melakukan reformasiatas semua perkara yang dianggapnya tidak sesuai dengan ajaran Islam yangmulia.  Dia memulakan langkah ishlah itu dengan dirinya sendiri dandiikuti dengan kaum keluarganya, kemudian masyarakat sehinggalah negara.

            Daripadasemua perkara yang disebutkan di atas, perkara paling menonjol semasapemerintahan Umar bin Abdul Aziz ialah ‘kembalinya’ syariat Islam dengan segalaketinggian dan kesempurnaannya untuk men-shibghah(mewarnai) seluruh aspek kehidupan.  Inilah kejayaan yang berjaya diraih oleh seorang insan bernama Umar binAbdul Aziz.  Dalam masa kurang dari 30bulan, dia berjaya menyelesaikan segala masalah yang ada, untuk kemudianbangkit membimbing masyarakatnya di atas landasan syariat Islam sehingga Allahmengurniakan kepada pemerintahannya kemenangan dan keberkahan, sesuai denganjanji Allah yang berbunyi :

            “Jikalausekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akanmelimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi…” (Surah Al-A’raaf [7] : 96).

            Menjadikan shibghah Allah sebagai warna kehidupan– inilah yang menjadi rahsia kegemilangan pemerintahan Umar bin AbdulAziz.  Dan ini jugalah yang melahirkan ijma’ kaum Muslimin untuk menetapkanKhalifah Umar bin Abdul Aziz sebagai Khulafur Rasyidin kelima setelah KhalifahAli bin Abi Thalib r.a.

            “ShibghahAllah.  Dan siapakah yang lebih baikshibghahnya daripada Allah?  Dan hanyakepada-Nya-lah Kami mengabdi”  (Surah Al-Baqarah [2] : 138).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar