Sabtu, 18 Juni 2011

Gambaran Umum Khilafah Bani Umayyah



            KekuasaanBani Umayyah berlangsung selama lebih dari pada 90 tahun.   Ibukota negara dipindahkan dari Madinah keDamaskus.  Sejarah  mencatat yang Khilafah Bani Umayyah menyebarkanIslam ke seluruh penjuru dunia.   Padamasa inilah, pengekodan bebagai bidang ilmu dan bahasa dimulakan.   Pada zaman Bani Umayyah jugalah aktivitipenterjemahan oleh salah seorang pemimpin mereka, Khalid bin Yazid binMu’awiyah dimulakan.17

            Diantara 13 orang khalifah Bani Umayyah, tercatat lima khalifah yangmengakibatkan kemajuan besar.  Merekaialah Mu’awiyah bin Abu Sufyan (661-680 M), Abdul Malik bin Marwan bin Hakam(685-705 M), Al-Walid bin Abdul Malik bin Marwan bin Hakam (705-715 M), Umarbin Abdul Aziz (717-720 M) dan Hisyam bin Abdul Malik bin Marwan bin Hakam(724-743 M).18


            Menurutseorang orientalis Barta, C.E. Bosworth, tiga orang khalifah dari Bani Umayyahiaitu Mu’awiyah bin Abu Sufyan, Abdul Malik bin Marwan bin Hakam, Hisyam binAbdul Malik bin Marwan bin Hakam memerintah di Damaskus selama lebih kurang 20tahun.   Mereka adalah pemerintah kelassatu dan gemar mengamalkan gaya pemerintahan Yunani dan Parsi.19

            Seorangkhalifah Bani Umayyah yang lain, iaitu Umar bin Abdul Aziz dilantik berdasarkanijma’ (kesepakatan umat Islam)sebagai Khulafur Rasyidin kelima dan bapa kemodenan Islam abad pertama.20  Sebahagian daripada mereka malah menobatkanUmar bin Abdul Aziz sebagai ‘mahdi’ umat Islam.21  Lahirnya ijma’itu bukan hanya kerana Umar bin Abdul Aziz rajin solat dan puasa, tetapi jugakerana sifatnya yang adil dan amanah terhadap wang rakyat.   Di samping itu, dia juga cekap dan mahirdalam bidang politik dan pentadbiran negara sehingga wujud kemakmuran dankesejahteraan, walaupun tempoh pemerintahannya sangat singkat.22
           
            Padamasa pemerintahan Mu’awiyah, Tunisia berjaya ditakluk.  Di sebelah timur pula, Mu’awiyah menguasaiKhurasan sehingga Sungai Oxus dan Afghanistan. Angkatan tentera lautnya juga melakukan ekspedisi ke kota Byzantium.

            Penguasaanke bahagian timur kemudiannya diteruskan oleh Abdul Malik, yang menghantartenteranya menyeberangi Sungai Oxus dan berjaya menawan Balkh, Bukhara,Khawarizm, Ferghana dan juga Samarkhand.  Malah, bala tentera Abdul Malik juga sampai ke India dan berjayamengusai Balukhistan, Sind dan daerah Punjab, sampai ke Malta.

            Manakalapenguasaan ke bahagian barat dilakukan secara besar-besaran pada zamanpemerintahan Al-Walid bin Abdul Malik. Al-Walid mempunyai empat panglima perang yang bertugas melindungibenteng Islam.  Mereka ialah Maslamah binAbdul Malik, Qutaibah bin Muslim Al-Bahili, Muhammad bin Al-Qasim dan Musa binNushair, yang bersama-sama dengan Thariq bin Ziyad berjaya menembusi gerbangEropah untuk menakluk Andalusia.23

            Padamasa pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, penguasaan diteruskan ke Perancismelalui Pergunungan Pyrenees.  Penaklukanini dipimpin oleh Abdurrahman bin Abdullah Al-Ghafiqi.

            Kejayaanmenakluk wilayah-wilayah di timur dan barat membuatkan kekuasaan Bani Umayyahmenjadi sangat luas.  Ia meliputiSepanyol, Afrika Utara, Syria, Palestin, Jazirah Arab, Iraq, sebahagian AsiaKecil, Parsi, Afghanistan, India, Pakistan, Purkmenia, Uzbekistan dan jugaKrigis di Asia Tengah.

            Padamasa pemerintahan Mu’awiyah, didirikan pejabat-pejabat rasmi dan tempat-tempattertentu dengan menyediakan kuda yang lengkap dengan peralatan di sepanjangjalan.   Pada masa ini jugalah angkatanbersenjata dikawal dan jawatan hakim (qadhi)mula berkembang menjadi kerjaya tersendiri.

            Padamasa pemerintahan Al-Walid bin Abdul Malik pula, didirikan rumah sakit pertamadalam Islam, khusus untuk pesakit kusta. Para pesakit diberi nafkah dan dilarang keluar.24

            Dr.Musthafa as-Siba’i mencatat fenomena menarik pada masa pemerintahan Bani Umayyah,yang berkaitan dengan toleransi agama, yang memang menjadi salah satukeunggulan peradaban Islam sejak masa Rasulullah SAW lagi.  Semasa Bani Umayyah menakluk Damaskus,orang-orang Nasrani di sana sanggup memberikan sebahagian daripada gerejamereka, iaitu Gereja Agung Yohana kepada kaum Muslimin untuk dijadikanmasjid.  Di kemudian hari, sebahagiandaripada gereja itu dijadikan Masjid Jamek Bani Umayyah.25

            Fenomenamenarik yang lain pada masa ini ialah adanya toleransi keagamaan dalammemberikan jawatan ataupun kedudukan penting dalam pemerintahan.  Sekolah-sekolah kedoktoran di Damaskus danBaghdad banyak dibimbing oleh doktor-doktor Nasrani.  Ibnu Usal, seorang doktor Nasrani ialahdoktor peribadi Mu’awiyah bin Abu Sufyan, dan Sir John ialah salah seorangdaripada setiausaha peribadinya.26

            KhalifahAbdul Malik bin Marwan melantik Asnasius dan seorang Nasrani lain untukmemegang salah satu jawatan pemerintahan di Mesir.  Asnasius kemudiannya memegang jawatan yanglebih tinggi di Mesir dan memiliki kekayaan yang melimpah-ruah.   Di antara kekayaannya ialah 400 orang hamba,rumah-rumah, kedai, emas dan perak dalam jumlah yang besar.  Dia mendirikan sebuah gereja di Urfa darihasil penyewaan 400 kedai yang dimilikinya. Khalifah Abdul Malik juga memberi kepercayaan kepada Asnasius untukmengajar adiknya, Abdul Aziz, bapa Umar bin Abdul Aziz yang kemudiannya menjadigabenor Mesir.27

            Gambaranunik lainnya semasa pemerintahan Bani Umayyah ini adalah tentang kebebasanagama lain meraikan perayaan umum agama mereka.   Mereka bebas mengadakan perayaan itu dijalan-jalan raya dan dikawal oleh tokoh-tokoh agama yang memakai pakaiankeagamaan mereka.  Pernah berlaku semasapemerintahan Hisyam bin Abdul Malik, di mana Ketua Biskop Michael memasuki kotaIskandariah dalam perayaan yang meriah. Di hadapannya, terdapat lilin-lilin, salib dan juta kitab Injil.28

Tidak ada komentar:

Posting Komentar