Sabtu, 18 Juni 2011

Latar Belakang Lahirnya Khilafah Bani Abbasiyah II


Banyak golongan berpendapat kejatuhan Baghdad padatahun 656 H menandakan berakhirnya kejayaan Islam.   Tahun 657 H dan 658 H berlalu di mana duniaIslam tidak memiliki seorang khalifah pun.  Namun, takdir dan kehendak Allah mengatakan sebaliknya.   Dua tahun selepas kejatuhan Baghdad,panglima Mongolia menghantar surat kepada panglima pasukan Mesir, satu-satunyanegeri Islam yang selamat dari serangan bangsa Mongol, sama ada dari seranganHulagu Khan ataupun serangan Timur Lenk. Saat itu, Mesir berada di bawah kekuasan dinasti Mamalik.

            Suratitu mengandungi ancaman bangsa Mongol kepada bangsa Mesir, yang meminta Mesirmembuka pintu dan menyerah diri pada kekuasaan Mongolia.   Kalau Mesir enggan, pasukan Mongolia akanmenggunakan paksaan untuk masuk ke Mesir. Panglima perang Mesir pada ketika itu ialah seorang lelaki soleh bernamaal-Muzhafar  Saifuddin Qathaz.  Surat itu terus dikoyakkan oleh Qathaz dihadapan utusan panglima perang Mongolia.1


            Qathazkemudiannya menyiapkan pasukan untuk menghadapi serangan bangsa Mongol.  Pasukan Qathaz bersatu dengan pasukan paraulama yang diketuai oleh Imam Izuddin bin Abdissalam.  Imam Izuddin dan para ulama berjayamenggerakkan rakyat untuk berjihad.  Mereka juga mengajak seluruh rakyat dan para tentera bertaubat, menjauhiyang haram dan mengikhlaskan niat untuk berjihad, hanya untuk Allah SWT.   Maka kekuatan para tentera, politik, ilmudan imam pun bersatulah.2

            PasukanQathaz mula bergerak pada bulan suci Ramadhan. Allah mentakdirkan yang mereka berhadapan dengan tentera Tartar di AinJalut, Palestin, pada hari Jumaat 25 Ramadhan 658 H, dua tahun selepaskejatuhan Baghdad.  Pada hari itu,tentera Islam berjaya mengalahkan pasukan Tartar dalam peperangan yang sentiasadiingati oleh bangsa Tartar, iaitu Perang Ain Jalut.   Segala Pujian hanya untuk Allah.3

            Setelahtentera Islam berjaya menewaskan  tenterayang sebelum itu tidak pernah dikalahkan, Allah memberikan kemenangan lainkepada kaum Muslimin, suatu kemenangan yang tidak pernah dibayangkan olehsesiapa pun.  Bangsa Mongol yang selamaini sentiasa menang dalam peperangan, menduduki berbagai negeri dan memilikikekuatan yang sangat besar, akhirnya masuk Islam atas kehendak dan pilihan merekasendiri.   Pada  mulanya, bangsa Mongol memeluk agama Islamhanya sebagai   simbol tanpa pengamalanyang sebenarnya, tetapi akhirnya mereka melaksanakan ajaran Islam dan malahmendirikan beberapa pemerintahan Islam di berbagai penjuru dunia.4

            Keadaanini menjadi semakin sesuai bagi dinasti Mamalik   melakukan berbagai reformasi dalaman.   Antara reformasi yang terpenting dan yangmenjadi babak baru dalam sejarah Islam ialah pelantikan al-Mustanshir sebagaikhalifah.  Dia berasal dari keturunanBani Abbas yang berjaya menyelamatkan diri dari serangan bangsa Mongol.  Dengan demikian, pemerintahan Abbasiyah yanghancur di Baghdad berjaya dibangkitkan semula oleh dinasti Mamalik, denganmenjadikan Kaherah sebagai pusatnya.5

            Pelantikanal-Mustanshir sebagai khalifah Abbasiyah II berlangsung pada 13 Rejab 659 H diKaherah.  Nama khalifah diletakkan padamata wang dan doa-doa dilakukan di setiap masjid.  Khalifah juga diberikan gelaran al-Musthanshir Billah.  Penduduk menyambut perlantikannya itu dengangembira.  Setiap hari Jumaat, khalifahmendirikan solat Jumaat dan sekaligus menjadi khatib dan imamnya.6

            PenetapanKaherah sebagai pusat pemerintah Kerajaan Bani Abbasiyah II menjadikan Kaherah,yang sebelum ini berperanan sebagai jalur perdagangan di antara Asia danEropah, lebih penting.   Ini adalahkerana Kaherah menghubungkan jalur perdagangan Laut Merah dan Laut Tengahdengan Eropah.  Pada masa ini, pemerintahmemulakan hubungan dagang dengan Perancis dan Itali melalui jalur perdaganganitu.   Di samping itu, jaringanpengangkutan dan konmunikasi antara kota, laut dan darat juga mula dibangunkan.

            Di bidang ilmu pengetahuan pula,Mesir mula menjadi taman yang subur dengan perkembangan para-para ilmuwanIslam.   Sejarah mencatat yang banyakbidang ilmu pengetahuan berkembang pada masa ini, seperti sejarah, kedoktoran,astronomi, matematik, ekonomi dan juga ilmu agama.   Menurut catatan sejarah lagi,   pemerintahan Abbasiyah II melahirkan tidakkurang dari 203 fukaha, sufi dan ahli falsafah.

            Dalamilmu sejarah, tercatat nama-nama besar seperti Ibnu Khalikan, Ibnu Taghribardidan Ibnu Khaldun.  Dalam ilmu astronomipula, nama Nashiruddin at-Tusi adalah nama yang terkenal.  Nama Abul Faraj al-Ibri dikenali dalam bidangmatematik.  Dalam ilmu kedoktoran,   Abu Hasan Ali an-Nafis ialah penemu susunanperedaran darah dalam paru-paru manusia, Abdul Mun’im ad-Dimyathi ialah doktorhaiwan dan ar-Razi, perintis dalam bidang psikoterapi.  Dalam bidang ilmu agama, ada as-Suyuthi danIbnu Hajar al-Asqalani dan ramai lagi ilmuwan lainnya.7   Manakala dalam ekonomi, di antara nama  yang dapat dikumpulkan ialah Ibnu Taimiyah(661-728 H / 1263-1328 M), asy-Syatibi (wafat 790 H / 1388 M), Ibnul Qayyim(691-751 H / 1292-1350 M), Ibnu Khaldun (732-808 H / 1332-1404 M) danal-Magrizi (776-845 H / 1364-1441 M).

            Disamping itu, pada masa Kerajaan Bani Abbasiyah II, berlaku juga banyak kemajuandalam bidang pembinaan.   Ramai arkitekdidatangkan ke Mesir untuk membina sekolah-sekolah, rumah-rumah danmasjid-masjid yang indah.

            KerajaanBani Abbasiyah II, yang mempunyai 18 khalifah, memimpin umat Islam selama 264tahun (659-923 H).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar