Sabtu, 18 Juni 2011

Tokoh-Tokoh Kerajaan Bani Abbasiyah II dan Pemikiran Ekonominya



            Beberapatokoh pemikir ekonomi pada masa kerajaan Bani Abbasiyah II yang telah memberisumbangan pada pengembangan ilmu ekonomi ialah8 :
           
1)                 IbnuTaimiyyah (w. 728 H / 1328 M)
2)                 IbnulQayyim (691-751 H / 1292-1350 M)
3)                 Syathibi(w. 790 H / 1388 M)
4)                 IbnuKhaldun (w. 808 H / 1404 M)
5)                 Al-Maqrizi(w. 845 H / 1441 M)
6)                 ShahWaliyullah (1114-1176 H / 1703-1762 M)

I.                  Ibnu Taimiyyah
1.                 Sekilas Riwayat Hidupnya

Nama penuh Ibnu Taimiyyahialah Taqiyuddin Ahmad bin Abdul Halim. Beliau dilahirkan di Harran pada 10 Rabiul Awal 661 H (22 Januari 1263M).  Bapa, bapa saudara dan datuknya ialahilmuwan serta penulis terkenal.  Diamempunyai kecerdasan, kepintaran dan daya ingat yang kuat. Ibnu Taimiyyahmempelajari berbagai disiplin ilmu pada masa mudanya seperti ilmu hukum, hadis,ilmu Al-Quran, matematik dan juga falsafah.9

Ketika berusia 17 tahun, IbnuTaimiyyah diberi kepercayaan oleh gurunya, Syamsuddin al-Maqsidi, untukmengeluarkan fatwa.   Pada masa yangsama, beliau juga memulakan langkahnya sebagai seorang guru.   Disebabkan oleh ilmu pengetahuannya yangtinggi, pemerintah menawarkan jawatan ketua Jabatan Pengadilan kepada IbnuTaimiyyah.  Tetapi oleh kerana hatinuraninya tidak dapat menuruti berbagai batasan yang ditetapkan olehpemerintah, beliau menolak tawaran tersebut.10

Kehidupan Ibnu Taimiyyah tidakhanya terbatas pada dunia buku dan kata-kata saja.  Apabila keadaan mengkehendaki, beliau tanparagu-ragu turut serta berkecimpung dalam bidang politik dan urusan awam.  Dengan kata lain, keistimewaan diri IbnuTaimiyyah tidak hanya terbatas pada kemahiran menulis dan berpidato saja, tetapi juga meliputi keberaniannya beradukekuatan di medan perang.11

Sifat dan semangat juangseperti yang ditunjukkan oleh Ibnu Taimiyyah ini sangatlah diperlukan pada hariini, sama ada dalam pengembangan ilmu pengetahuan ataupun dalam perjuanganmembenteras keruntuhan moral dan pengaruh asing yang memusuhi Isam.

Dilihat dari tahun kelahirandan wafatnya, Ibnu Taimiyyah hidup semasa pemerintahan Bani Abbasiyah II yangberkedudukan di Kaherah, Mesir, bermula dari Khalifah al-Hakim I (660 H / 1262M) sehingga Khalifah al-Mustakfi I (701 H / 1302 M).  Ibnu Taimiyyah mempunyai kerjaya yanglurus.  Dia dibesarkan dalam keluargaterpelajar.  Dalam waktu yang singkat,dia muncul sebagai seorang yang pakar dalam berbagai ilmu pengetahuan Islam,termasuk tasawuf dan falsafah.  Tetapi,sumbangan utamanya terletak dalam fikih dan dalam pemurnian akidah – urusanyang berhubungan dengan kepercayaan dan keimanan.

2.         Pemikiran Ekonomi IbnuTaimiyyah
Ibnu Taimiyyah telahmenyumbangkan pemikiran yang sangat kaya, tajam dan luas untuk perkembanganilmu ekonomi.

Tumpuan perhatian IbnuTaimiyyah ialah masyarakat, asas moral dan bagaimana masyarakat harus membawadiri sesuai dengan syariah.  Untuk tujuanini, ulama harus membimbing masyarakat, walaupun pemimpin juga mempunyai tanggungjawabyang besar.   Beliau juga membincangkantentang norma-norma Islam untuk perilaku ekonomi perseorangan.  Namun tidak seperti Imam Ghazali kerana IbnuTaimiyyah lebih banyak memberi perhatian pada masalah-masalah kemasyarakatanseperti perjanjian dan usaha untuk mentaatinya,   harga-harga, keadaan yang boleh dianggapwajar dan adil, pengawasan pasaran, kewangan negara dan juga peranan negaradalam memenuhi keperluan. 

Untuk suatu masyarakat yangdipimpin oleh pemerintah yang korupsi dan penduduk  yang berfikiran keduniawian, dia memilihuntuk menguatkan susunan moral masyarakat daripada menumpukan pada kealimanperseorangan, yang akhirnya mengharuskan seseorang itu menarik diri dari suatumasyarakat yang boleh memberi sedikit peluang padanya untuk menjadi soleh.  Cara pendekatannya ialah dengan merumuskanbatas yang dibenarkan dalam  usahaekonomi dan dalam melaksanakan hak milik kekayaan individu, dengan harapanselagi pelaku ekonomi mengikut aturan, moral semula jadi manusia dapatdiselamatkan.   Ini adalah semangat yangmeresap melalui fatwa yang besar, yang bersama-sama dengan risalah tentang hisbah dan as-Siyasah asy-Syariah fi Islahir Ra’iyyah merupakan sumber utamadari gagasan ekonominya.

Ketika masyarakat, pada masanya, beranggapan kenaikan harga disebabkan olehketidakadilan dan tindakan pihak penjual yang melanggar hukum, ataupun mungkindisebabkan oleh manipulasi pasaran, Ibnu Taimiyyah dengan tegas membantahanggapan ini.  Beliau mengatakan yangharga ditentukan oleh kekuatan penawaran dan permintaan.

Ibnu Taimiyyah menginginkansuatu masyarakat yang dibekali dengan baik, teratur pada asas kebebasan, danmempunyai kekayaan peribadi yang ditetapkan oleh pertimbangan moral dan diawasioleh suatu ketentuan adil yang menegakkan syariah dan bekerja untukkesejahteraan masyarakat.   Tumpuanutamanya pada urusniaga ekonomi ialah kedilan yang hanya boleh dijamin kalausemua kontrak adalah berdasarkan pada kesediaan semua pihak untuk bersetuju.  Untuk lebih bermakna lagi, persetujuan ituharus berdasarkan pada maklumat yang memadai.

Keutuhan moral, seperti yangdiabdikan dalam ketentuan syariah, memerlukan keikhlasan, tidak ada paksaan,tidak ada penipuan dan tidak mengambil sebarang keuntungan dari keadaan yangmerumitkan ataupun ketidakpastian dari salah satu pihak yang melakukanperjanjian.  Apabila ketentuan-ketentuanini dipatuhi, harga pasaran yang terjadi adalah wajar dan adil, dengan syarattidak ada bekalan yang ditahan untuk menaikkan harga.  Ibnu Taimiyyah ialah sarjana Muslim pertamayang membahaskan tentang persoalan harga yang wajar secara terperinci.

Sumbangan khas lain dari IbnuTaimiyyah tentang ekonomi Islam ialah tumpuan yang diberikannya pada kerjasamausaha dalam berbagai bentuk (mudharabah,bagi hasil pertanian) dan lain-lain lagi. Dia juga memberi pernyataan tegas yang suatu kontrak kerjasama, secaramoral, adalah lebih kuat daripada suatu kontrak sewa yang dibenarkan padakeadaan yang sama.

            PerbahasanIbnu Taimiyyah tentang kewajiban awam membawanya ke topik-topik seperti :pengurusan wang, peraturan tentang timbangan dan ukuran, pengawasan hargaapabila diperlukan, dan dapat dipertimbangkan cukai yang melebihi apa yangditentukan syariah dalam keadaan luar biasa.

            Dalamekonomi, Ibnu Taimiyyah secara normatif, memang mempunyai beberapa wawasan yangmasuk ke dalam ilmu ekonomi positif.  Diamenunjukkan suatu kesedaran tentang peranan dari permintaan dan penawaran yangbermain dalam menentukan harga-harga.  Dia juga mencatat pengaruh dari cukai tidak langsung dan bagaimanabayarannya dipindahkan dari penjual yang membayar cukai kepada pengguna, dimana pengguna terpaksa    membayar hargalebih mahal  untuk barang-barang yangkena cukai.  Pandangannya tentang wangdan (larangan) bunga juga turut dibahaskan sebagai pemikirannya yang jelas.

            Disamping itu, Ibnu Taimiyyah juga menyumbangkan pemikirannya yang berkaitandengan harga yang adil, mekanisme pasaran, konsep upah, keuntungan yang wajar,polisi wang dan kewangan, lembaga hisbah dankewangan awam.  Berikut ini, dikemukakansecara ringkas beberapa prinsip ekonomi yang pernah dibincangkan oleh IbnuTaimiyyah.

            a.         Pasaran yang Sihat
Ketika masyarakat, padamasanya, beranggapan kenaikan harga disebabkan oleh ketidakadilan dan tindakanpihak penjual yang melanggar hukum, ataupun mungkin disebabkan oleh manipulasipasaran, Ibnu Taimiyyah dengan tegas membantah anggapan ini.  Beliau mengatakan yang harga ditentukan olehkekuatan penawaran dan permintaan.  Beliaujuga mengatakan naik dan turunnya harga tidak semestinya disebabkan oleh tindakantidak adil dari sebahagian orang yang terlibat dalam sesuatu urusniagaitu.  Boleh jadi yang menjadi penyebabnyaialah penawaran yang menurun akibat pengeluaran yang tidak lancar, penurunanjumlah import barang-barang yang diminta ataupun disebabkan oleh tekananpasaran.12 
 
Oleh kerana itu, jikapermintaan terhadap barang meningkat manakala penawaran pula menurun, hargabarang itu tentu akan naik.  Begitu jugasebaliknya.  Kekurangan dan terlebihnyabekalan barang mungkin disebabkan oleh tindakan yang adil.   Ataupun mungkin juga kerana tindakan yangtidak adil.13

Menurut Ibnu Taimiyyah,penawaran boleh datang dari pengeluaran domestik dan juga yang diimport.  Perubahan dalam penawaran digambarkan sebagaipeningkatan ataupun penurunan dalam jumlah barang yang ditawarkan, manakalapermintaan ditentukan oleh selera dan pendapatan.  Besar kecilnya kenaikan harga bergantung padaberapa besarnya perubahan penawaran ataupun permintaan.  Apabila semua urusniaga dilakukan mengikutaturan yang ditetapkan, maka segala kenaikan (ataupun penurunan) harga yangterjadi adalah kehendak Allah.14

Perkara tersebut menunjukkansifat pasaran yang tidak bersifat peribadi. Terdapat dua faktor yang menyebabkan pergerakan lengkung penawaran danpermintaan, iaitu tekanan pasaran yang bergerak secara automatik dan tindakanmelanggar hukum dari penjual, contohnya penimbunan barang.  Terdapat juga faktor lain yang mempengaruhipenawaran dan permintaan seperti intensiti dan saiz permintaan, kekuranganataupun melimpahnya barang, keadaan kepercayaan dan juga diskaun dan pembayarantunai.

            Hargajuga dipengaruhi oleh tahap kepercayaan pada orang-orang yang yang terlibatdalam sesuatu  urusniaga itu.  Apabila seseorang mampu dan boleh dipercayaidalam pembayaran hutang, penjual akan berasa lebih selesa melakukan urusniagadengan orang itu.  Namun, apabilakredibiliti seseorang itu diragui, penjual akan berasa teragak-agak danragu-ragu untuk melakukan urusniaga dengan orang tersebut dan akan lebihcenderung meletakkan harga yang tinggi.15

            Harusdicatat di sini yang Ibnu Taimiyyah tidak pernah menggunakan istilah persaingan(konsep yang muncul pada akhir evolusi pemikiran ekonomi) ataupun menjelaskankeadaan dari persaingan sempurna dalam istilah kontemporari.   Oleh kerana itu, dia kemudiannya menulisbahawa memaksa orang menjual berbagai barang yang tidak seharusnya dijualataupun melarang mereka menjual barang yang boleh dijual, adalah tidak adil danmelanggar hukum.16

            Dalamistilah kontemporari, perkara ini jelas merujuk pada kebebasan penuh untukmemasuki ataupun meninggalkan pasaran. Beliau juga mengkritik kewujudan persepakatan di antara pembeli danpenjual.17   Beliau menyokongkeseragaman dan pemiawaian produk dan melarang pemalsuan produk serta penipuandalam proses pembungkusan produk untuk dijual.18   Penekanannya terhadap pasaran dan komoditi,seperti juga perjanjian jual-beli, bergantung pada kebenaran dan kebenaran pulamemerlukan pengetahuan dan pemahaman.19

            IbnuTaimiyyah menentang peraturan yang berlebihan ketika kekuatan pasaran bekerjasecara bebas untuk menentukan harga yang kompetitif.  Dengan tetap memerhatikan pasaran yang tidaksempurna, dia menyarankan apabila penjual melakukan penimbunan dan menjual padaharga yang lebih tinggi berbanding dengan harga normal, padahal orangmemerlukan barangan itu, penjual haruslah menjual pada tahap harga yangsama.   Secara kebetulan pula, konsep inisama dengan apa yang disebut harga yang adil.  Apabila ada elemen-elemen monopoli (khususnya dalam pasaran bahan makanandan keperluan pokok lainnya), pemerintah harus melarang kekuatan monopoli.20

            b.         Konsep Wang dan Kewangan
            IbnuTaimiyyah telah menyebut dua fungsi wang, iaitu sebagai alat pengukur dan mediapertukaran.  Dalam tulisannya tentangciri-ciri dan fungsi wang, beliau mengatakan, “Atsman (harga ataupun jumlah yang dibayar sebagai harga, iaituduit) dimaksudkan sebagai pengukur nilai barang-barang yang dengannya, jumlahnilai barang-barang dapat diketahui dan duit tidak pernah dimaksudkan untukmereka sendiri.”21

            Berdasarkanpandangan itu, Ibnu Taimiyyah menentang keras semua bentuk perdagangan duityang lari dari tujuan sebenarnya. Apabila wang ditukarkan dengan wang yang lain, pertukaran tersebut mestidilakukan serta-merta (taqabud) dantanpa penundaan (hulul).  Dengan cara ini, seseorang dapat menggunakanwang sebagai sarana untuk memperoleh berbagai keperluannya.

            Prinsip-prinsippenting lain yang dikemukakan oleh Ibnu Taimiyyah tentang konsep wang dankewangan ialah seperti berikut :22

1)         Perdaganganwang akan menyebabkan inflasi.         
2)         Hilangnya kepercayaan pada kestabilanwang akan mencegah orang melakukan kontrak jangka panjang dan menzalimigolongan masyarakat yang berpendapatan tetap seperti pegawai kerajaan.
3)         Perdagangan domestik akan menurun keranakebimbangan pengguna disebabkan oleh kestabilan wang.
4)         Perdagangan antarabangsa akan menurun.
5)         Logam berharga akan mengalir ke luarnegara.

            HukumGresham  mengatakan :  “Duit yang tidak sihat akan merosakkan duityang sihat”.   Hukum yang dikemukakanoleh Thomas Gresham (1857) ini nampaknya menciplak rumusan Ibnu Taimiyyah yangmengatakan duit yang sama jumlahnya, tetapi lebih rendah kandungan emasnya,akan mendorong keluar dan menggantikan wang yang kandungan emasnya lebihtinggi.  Duit yang lebih tinggi kandunganemasnya akan lebih dilebur dan dijual untuk mendapatkan wang yang kandunganemasnya lebih rendah, nilainya sama.

Prinsip-prinsip tentang wang dan kewangan yang dikemukakan oleh IbnuTaimiyyah

1)         Perdaganganwang akan menyebabkan inflasi.         
2)         Hilangnyakepercayaan pada kestabilan wang akan mencegah orang melakukan kontrak jangkapanjang dan menzalimi golongan masyarakat yang berpendapatan tetap sepertipegawai kerajaan.
3)         Perdagangandomestik akan menurun kerana kebimbangan pengguna disebabkan oleh kestabilanwang.
4)         Perdaganganantarabangsa akan menurun.
5)         Logamberharga akan mengalir ke luar negara.


            Olehkerana itu, beliau melarang tindakan mudd’ajwah.  Salah satu contohnya ialah : A menukar 1 gramperak yang dicampur tembaga dengan 1 gram perak murni.  Urusniaga yang begini dilarang keranamengandungi unsur riba.

c.         Kewangan Negara danZakat23
Menurut Ibnu Taimiyyah, negarabertanggungjawab menghapuskan kemiskinan rakyat.   Namun, dari sisi lainnya, beliau jugamenggalakkan orang meraih kerjayaan secara mandiri supaya dapat hidup sejahteradan mampu menbayar zakat dan bersedekah. Tanpa kekayaan, orang tidak dapat menjalankan kewajiban itu.

Dalam usaha negara menciptakesejahteraan bagi rakyat, negara harus melakukan berbagai usaha untukmengumpulkan dana bagi pembangunan masyarakat. Namun, Ibnu Taimiyyah tidak bersetuju dengan pemungutan cukai yang tidakmengikut syariah kerana beliau merasakan perkara itu banyak diselewengkan.    Bertepatan dengan Al-Quran dan Hadis,beliau berpendapat ada tiga jenis pendapatan negara yang sesuai dengan syariah,iaitu ghanimah, zakat dan fai’.

            Ghanimah dan zakat dikenakan padaorang-orang tertentu, manakala fai’ mesti dibayar oleh semua orang.   Menurut Ibnu Taimiyyah, semua pendapatan diluar ghanimah dan zakat tergolongdalam fai’.  Di antaranya ialah :

a)                 jizyah (cukai) yang dikenakan pada orang Yahudi danNasrani
b)                 hadiah-hadiahyang diberi pada raja
c)                 cukaimasuk untuk komoditi milik negara musuh
d)                denda
e)                 kharaj iaitu cukai untuk tanah pertanian

Ibnu Taimiyyah jugamenjelaskan yang pendapatan negara harus dibelanjakan untuk kepentingan rakyat,berdasarkan petunjuk Allah.  Menurut IbnuTaimiyyah pengeluaran mesti dilaksanakan sesuai dengan skala keutamaannya,iaitu untuk :

a)                 fakirmiskin
b)                 membiayaiperang jihad dan pertahanan
c)                 penguatanhukum dan keadilan
d)                danapesara dan gaji pegawai tentera
e)                 pembangunaninfrastruktur
f)                  kesejahteraanumum

Apabila pendapatan negaraberkurangan, muncul pula isu sama ada pemerintah perlu mengarahkan kutipancukai baru yang di luar zakat. Segolongan pemikir berpendapat apabila seseorang telah membayar zakat, dia tidak lagi mempunyai kewajibankewangan pada negara, dan negara tidak mempunyai hak untuk meminta apa-apadarinya, kecuali dalam keadaan darurat seperti berlakunya peperangan ataupundana baitul mal menjadi kosong.

Ibnu Taimiyyah mempunyaipandangan yang lebih fleksibel dalam hal ini. Beliau selalu menekankan yang negara mesti berhati-hati jika mahumenarik dana dari rakyat dan juga negara mesti menggunakannya dengancermat.   Namun, beliau tidak menutupkemungkinan adanya kewajiban membayar bayaran lain selain zakat untuk umatMuslim.   Beliau berkata, “Rakyat harus bekerjasama, saling bantumembantu untuk memenuhi keperluan dasar mereka seperti makanan,pakaian dantempat tinggal;  sementara negarabertanggungjawab memastikan keperluan itu sentiasa ada.  Jadi, negara boleh memaksa rakyat.”  Apabila pendapatan negara tidak lagimencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat yang meningkat, pengenaan cukai baruboleh dipertimbangkan.

II.        Ibnul Qayyim (691-751 H /1292-1350 M)
Kalau dilihat dari tahunkelahiran dan wafatnya, Ibnu Qayyim hidup semasa pemerintahan Abbasiyah II,bermula dari  Khalifah al-Hakim I (660 H/ 1262 M) sehingga Khalifah al-Hakim II (741 H / 1341 M).

Ibnul Qayyim ialah anak muridIbnu Taimiyyah.  Dia seorang ahli hukumdan pemikir sosial yang menghuraikan banyak perkara tentang pandangan gurunyadan menunjukkan suatu pandangan analitik dalam perbincangannya tentangmasalah-masalah ekonomi.

            IbnulQayyim mempunyai minat yang dalam terhadap kajian tentang zakat.  Dia berpendapat yang zakat memiliki dimensiekonomi yang sangat luas.  Menurutnya,tujuan zakat ialah untuk mencipta kedamaian, kasih sayang dan kebaikan.   Jadi, jumlah bayaran zakat sudah ditetapkandan tidak berubah-ubah.  Dengan demikian,konflik tidak akan berlaku di antara perlakuan buruk dalam pengenaan danpembahagian zakat.


Harta temuan dikenakan zakat yang tinggi(20%) kerana tidak ramai buruh yang terlibat. Manakala untuk ladang tadah hujan, hasil pertaniannya dikenakan zakat sebanyak 10% kerana tidak banyaktenaga diperlukan untuk mengusahakannya. Jumlah zakat itu turun menjadi 5% jika tenaga yang terlibat dan modalyang dikeluarkan lebih banyak.   Kadarzakat itu juga boleh turun menjadi 2.5% kalau kerja-kerja pertaniannyamemerlukan tenaga kerja yang banyak sepanjang tahun.  Jadi, Ibnu Qayyim berpendapat  faktor-faktor yang menentukan kadar bayaran zakatialah faktor kemanusiaan, keadilan, ekonomi dan juga perpaduan.


            IbnuQayyim yakin perbezaan dalam jumlah zakat yang ditetapkan mungkin disebabkanoleh pertimbangan yang berkaitan dengan buruh. Semakin ramai buruh yang terlibat dalam proses pengeluaran ataupun dalamaktiviti mencari keuntungan, semakin kecil zakatnya dan begitu juga sebaliknya.24

            Hartatemuan dikenakan zakat yang tinggi (20%) kerana tidak ramai buruh yangterlibat.  Manakala untuk ladang tadahhujan,  hasil pertaniannya dikenakanzakat sebanyak 10% kerana tidak banyak tenaga diperlukan untuk mengusahakannya.  Jumlah zakat itu turun menjadi 5% jika tenagayang terlibat dan modal yang dikeluarkan lebih banyak.   Kadar zakat itu juga boleh turun menjadi2.5% kalau kerja-kerja pertaniannya memerlukan tenaga kerja yang banyaksepanjang tahun.  Jadi, Ibnu Qayyim berpendapat  faktor-faktor yang menentukan kadar bayaranzakat ialah faktor kemanusiaan, keadilan, ekonomi dan juga perpaduan.25

Ibnul Qayyim mengenalpasti duafungsi utama wang, iaitu sebagai media pertukaran dan standard nilai danpandangannya yang penting ialah penyimpangan terhadap dua fungsi ini bolehberlaku apabila orang mahukan wang untuk keperluan duit itu sendiri.

III.       Syathibi (w. 790 H)
1.         Sekilas Riwayat Hidupnya
Nama penuh Syathibi ialah AbuIshaq bin Musa bin Muhammad al-Lakhmi al-Gharnati asy-Syathibi.   Dia adalah salah seorang cendekiawan Muslimyang tidak diketahui latar belakang hidupnya.  Nama Syathibi diambil semperna nama daerah asal keluarganya, Syathibah,yang terletak di kawasan timur Sepanyol.26

Syathibi mempelajari danmendalami berbagai disiplin ilmu seperti bahasa Arab, ilmu Hadis, ilmu bahasadan falsafah, ushul fiqh, sastera,ilmu falak dan juga ilmu berfikir. Walaupun begitu, dia lebih berminat pada bahasa Arab dan khususnya ushul fiqh, kerana menurutnya,metodologi dan falsafah fikih Islam merupakan faktor yang menentukan kekuatandan kelemahan fikih ketika bertindakbalas terhadap perubahan sosial.27

Beberapa karya ilmiah Syathibiialah Syarh Jalil alal Khulashah fin Nahwdan Ushulun Nahw dalam bidang bahasaArab.  Manakala karya-karyanya yang  agung ialah al-Muwafaqat fi Ushul asy-Syariah dan I’tisham dalam bidang ushul fiqh. Syathibi wafat pada tanggal 8 Sya’ban 790 H.

2.                 Konsep Maqashidus Syari’ah
Syathibi mengemukakanpemikirannya tentang konsep maqashidussyari’ah (tujuan syariat). Dia mengatakan, “Sesungguhnya syariah bertujuan mewujudkan kemaslahatan manusia didunia dan di akhirat.”28

Menurut Syathibi, tujuansyariat (maqashidus syari’ah) adalahkemaslahatan manusia.  Manakalakemaslahatan sendiri, menurut Syathibi, adalah segala  sesuatu yang berkaitan dengan rezeki manusia,pemenuhan keperluan hidup manusia dan apa-apa perolehan yang dituntut olehkualiti-kualiti emosional dan intelektualnya, dalam pengertian yang mutlak.29

Selanjutnya, Syathibimengatakan bahawa tidak satu pun hukum Allah yang tidak mempunyai tujuan,kerana hukum yang tidak mempunyai tujuan sama dengan membebankan sesuatu yangtidak dapat dilaksanakan.30  Jadi, segala kewajiban-kewajiban dalam syariah adalah berkaitan denganperlindungan maqashidus syari’ah, yang pada gilirannya bertujuan melindungikemaslahatan manusia.

Seperti pendahulunya, ImamGhazali (451-505H), asy-Syathibi juga mengatakan perkara yang sama, bahawakemaslahatan manusia wujud apabila lima unsur asas kehidupan dipelihara, iaituagama, jiwa, akal, keturunan dan harta.  Dalam persoalan ini, Syathibi membahagi maqashid kepada tiga tahap,iaitu dharuriyat, hajiyat dan tahsiniyat.31

Tahap dharuriyat adalah satu kemestian yang harus diupayakan untukmewujudkan kesejahteraan manusia di dunia dan di akhirat.  Tahap ini mencakup pemeliharaan lima unsurpokok dalam kehidupan iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta.   Sekiranya lima unsur ini diabaikan, akantimbullah kerosakan di muka bumi ini dan kerugian di akhirat kelak.

Tahap hajiyat pula adalah unsur yang memudahkan kehidupan danmenghilangkan segala kerumitan dalam kehidupan. Di antara contohnya ialah berbagai bentuk kebolehan dalam melaksanakanakad mudharabah, musaqat, muzara’ahserta berbagai kebolehan dalam melakukan aktiviti ekonomi lainnya, yangbertujuan memudahkan kehidupan ataupun menghilangkan kesukaran dalam kehidupanmanusia di dunia ini.

Tahap tahsiniyat adalah unsur penyempurna, pelengkap ataupun penghiaskehidupan.

Klasifikasi dalam tahap maqashidus syari’ah yang dilakukan olehSyathibi ini menunjukkan pentingnya pemeliharaan lima unsur pokok dalamkehidupan manusia.  Ketiga-tiga tingkatanini tidak dapat dipisahkan.  Dharuriyat menunjukkan kemestianyang  harus dipenuhi, hajiyat menunjukkan adanya kemudahan jikadipenuhi dan tahsiniyat pula menjadipenyempurna ataupun pelengkapnya. Sebagai contoh,  kalau sebuahrumah dianggap sebagai dharuriyat,kelengkapan yang ada dalam rumah itu ialah hajiyat,manakala hiasan ,taman dan lain-lain perkara yang membuat rumah itu menjadilebih indah ialah tahsiniyat.

3.                 Beberapa Pemikiran Ekonomi Syathibi

a.                 Objek Kepemilian
Pada dasarnya, Syathibimengakui hak milik individu.   Namun, diamenolak kepemilikan individu terhadap sumber daya yang dapat menguasai hajathidup orang ramai.  Dia menegaskan yangair bukanlah objek kepemilikan dan tidak ada sesiapa yang boleh memonopolipenggunaannya.  Dalam perkara ini,Syathibi membezakan dua jenis air, iaitu air yang tidak boleh dijadikan objek kepimilikan, seperti air sungai danoasis, dan air yang boleh dijadikan objek kepemilikan seperti air yang dibeliataupun yang menjadi sebahagian daripada sebidang tanah yang dimiliki olehseseorang.   Dia juga mengatakan bahawatidak ada hak kepemilikan yang dapat dibuat terhadap sungai yag disebabkan olehpembangunan empangan.32

b.                 Cukai
Menurut Syathibi, kutipancukai harus dilihat dari sudut pandang maslahah.  Seperti pendapat pendahulunya, al-Ghazali danIbnul Farra’, Syathibi mengatakan yang pemeliharaan kepentingan orang ramaiadalah tanggungjawab masyarakat bersama.  Kalau ini tidak dapat dilakukan, masyarakat boleh mengalihkantanggungjawab itu pada baitul mal dan harus menyumbangkan sebahagian daripadakekayaan mereka sendiri untuk tujuan tersebut. Oleh kerana itu, menurut Syathibi, pemerintah dapat mengutip cukai-cukaibaru dari rakyatnya, walaupun cukai-cukai itu tidak pernah dikutip sebelumnyadalam sejarah Islam.33

c.                  Wawasan Syathibi tentang Ekonomi Moden
Konsep Maqashidus Syari’ah Syathibi menggunakan istilah maslahah untukmenggambarkan tujuan syariah diturunkan. Dalam hal ini, manusia dituntut mencapai maslahah dalam hidupnya, dengancara melakukan berbagai aktiviti ekonomi seperti pengeluaran, penggunaan danaktiviti ekonomi lainnya, yang merupakan tuntutan syariah demi meraih kesejahteraandi dunia dan di akhirat.  Fahim Khanmendefinisikan seluruh aktiviti ekonomi yang mengandungi kemaslahatan bagi umatmanusia sebagai keperluan.34

Pemenuhan keperluan dalampengertian tersebut adalah tujuan aktiviti ekonomi, dan pencarian terhadaptujuan ini merupakan kewajiban agama.  Dengan kata lain, manusia wajib mengatasi berbagai masalahekonominya.  Oleh kerana itu, persoalanekonomi dalam perspektif Islam adalah pemenuhan keperluan dengan sumber dayaalam yang sudah sedia ada.

Konsep yang dikemukakan olehasy-Syathibi ini mempunyai keunggulan komporatif yang ketara, kalaudibandingkan dengan konsep keperluan Abraham Maslow yang terkenal dengan konsep‘hieraki keperluan’ (hierarchy of needs) itu.  Dalam konsep itu, Maslow berpendapat yang garis hieraki keperluanmanusia berdasarkan pada keutamaan-keutamaan yang terdiri daripada :35

a)                 KeperluanFisiologi (Physiological Needs)
b)                 KeperluanKeselamatan (Safety Needs)
c)                 KeperluanSosial (Sosial Needs)
d)                 KeperluanPenghargaan (Esteem Needs)
e)                 KeperluanAktualisasi Diri (Self ActualisationNeeds)

Apabila dilihat lebihdalam,   tingkat-tingkat keperluan diatas sudahpun diambil kira  sepenuhnyaoleh konsep Maqashidus Syari’ah.   Malah konsep konsep Maqashidus Syari’ah adalah lebh lengkap kerana ia menempatkan agamasebagai keperluan dasar manusia, satu perkara yang tidak diperhatikan olehMaslow.

Dalam perspektif Islam,berdasarkan pada doktrin agama yang mengatakan bahawa pemenuhan keperluanmanusia dalam rangka memperoleh maslahah di dunia dan di akhirat adalahkewajiban agama, manusia akan terdorong untuk mencipta dan bekerja keras.   Perkara ini akhirnya tentu akan meningkatkanproduktiviti kerja dan memacu pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan.

IV.       Ibnu Khaldun (w. 808 H)
1.         Sekilas Riwayat Hidupnya
Abdurrahman bin Muhammad binKhaldun dilahirkan pada 1 Ramadhan 732 H / 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggaldunia di Kaherah pada 25 Ramadhan 808 H / 19 Mac 1406.   Beliau mendapat pendidikan dalam bidangIslam, pemikiran logik, falsafah, hukum, tata bahasa dan kesusasteraan.36   Keluarga Ibnu Khaldun merupakan orang beradayang memberikan pendidikan terbaik kepadanya. Ibnu Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab ternama yangjuga dikenali sebagai bapa sejarah kebudayaan dan sains sosial moden.  Ibnu Khaldun juga menulis sejarah Muslim diAfrika Utara yang terulung.37

Ibnu Khaldun bukan seorang faqih ataupun sufi.  Dia juga bukan ahlifalsafah walaupun dia mempunyai pemahaman yang baik tentang masalah itu dantentang disiplin akademik lain pada zamannya. Dia unggul sebagai mahasiswa sejarah dan seorang juruanalisis sosial –satu bentuk ilmu pengetahuan yang dia sendiri menjadi perintis dan penyelesaimasalahnya.   Kalau Ibnu Taimiyyah adalahtokoh tertinggi pada eranya dan Ghazali pula yang paling popular, maka IbnuKhaldun adalah tokoh yang paling unik. Dia dianugeri kekuatan menganalisis yang belum pernah ada sebelumnyadalam ilmu pengetahuan Islam.

Karyanya yang terbesar ialahtentang sejarah orang-orang Arab dan Barber, yang mengandungi pendekatansaitifik mengenai pemahaman sejarah, politik dan ekonomi.  Ibnu Khaldun juga mempercayai perkara yangdikurniakan Allah boleh dibuktikan secara empirikal.   Dia juga terkenal kerana hasil kerjanyadalam sosiologi, astronomi, numerologi dan kimia.   Secaraindividu, Ibnu Khaldun telah meletakkan dasar pada tradisi intelek pemikiranbebas Islam dan Arab, pasaran yang cekap, penyiasatan sains empirikal,pengajian sosial dan penyelidikan sejarah.38

Buku Muqadimmah-nya boleh dianggap sebagai karya terbesar dalam analisissosial, politik dan ekonomi dalam tradisi Islam.  Buku itu menyajikan wawasan tentangperkara-perkara berikut : pembahagian kerja, wang dan harga, pengeluaran danpengagihan, perdagangan antarabangsa, pembentukan modal dan pertumbuhan, kitaranperdagangan, kemiskinan dan kemakmuran, kependudukan, pertanian, industri danperdagangan dan makro ekonomi dari cukai dan pengeluaran awam.

            Jikadilihat dari tahun kelahiran dan wafatnya, Ibnu Khaldun hidup semasapemerintahan Abbasiyah II bermula dari Khalifah al-Mustakfi I (701 H / 1302 M)sehingga Khalifah al-Musta’in (808 H / 1406 M).

2.                 Pemikiran Ekonomi Ibnu Khaldun
Ibnu Khaldun mungkin merupakantokoh ekonomi Islam terbesar kerana perbahasannya yang luas dan cemerlangtentang ekonomi.   Dialah satu-satunyaahli ekonomi Islam yang integriti dan mutu kualiti karnyanya diakui oleh ahliekonomi Barat, J.A. Schumpeter dalam bukunya, History of Economic Analysis (1959).   Menurut Spengler pula, pemikiran ekonomiIbnu Khaldun sangat penting kerana ia bukan saja banyak mendahului pemikiranpara ekonomi moden (Barat), tetapi juga kerana beliau memiliki penguasaan ilmupengetahuan yang luas dan mendalam sehingga mampu menulis pemikiran ekonomidalam perspektif yang menyeluruh dan lengkap.39

Ibnu Khaldun tidak terlibatdalam merinci norma-norma Islam dari perilaku ekonomi, subjek yang sudahmempunyai penulisan yang banyak.  Tumpuan utamanya juga bukan pada penciptaan polisi ekonomi yang tepatdan sesuai untuk pemimpin Islam, seperti yang telah banyak dilakukan olehpendahulunya.  Perhatiannya tertumpu padajatuh bangunnya dinasti dan kitaran kemiskinan dan kemakmuran, di mana diatelah memerhatikan beberapa pola yang pasti.  Dia ingin mengetahui kenapa sesebuah negara lebih makmur dari negarayang lain.  Tetapi dalam sebuah abad yangdikuasai oleh tulisan normatif, sumbangannya untuk analisis positif gagalmendapat perhatian.  Zamannya jugabersamaan dengan menurunnya kegiatan intelektual di dunia Islam secaraumum.  Ini membuatkan arahan yangdiberikannya tidak dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

Adalah sulit, malah tidakmungkin, untuk menulis sumbangan Ibnu Khaldun dalam beberapa baris saja.  Hanya tiga perkara saja yang dapat disebutkansebagai contoh wawasan analisisnya, iaitu pembahagian kerja, perdagangan antarabangsa dan kewangan negara.

Setelah membuat pemerhatianyang orang perseorangan sukar menghasilkan makanannya sendiri, Ibnu Khaldunmencatat bahawa pengeluaran suatu jenis makanan seperti gandum, memerlukan enamhingga sepuluh jenis perkhidmatan yang berbeza.   Dengan meyediakan semua jenis-jenisperkhidmatan ini, manusia mampu menghasilkan jumlah makanan yang beberapa kalilebih banyak daripada jumlah yang diperlukan untuk kegunaaan mereka sendiri.   Dengan cara ini, barangan yang berlebihanboleh ditukarkan dengan barangan yang dihasilkan oleh orang lain, sehinggamewujudkan kemakmuran dan kesejahteraan. Dia juga mengatakan negara yang mempunyai suatu lebihan yang bolehdiperdagangkan dengan negara lain lebih makmur dari negara yang mempunyaisedikit hasil yang boleh ditawarkan dalam perdagangan antarabangsa.   Penduduk adalah faktor yang paling pentingdalam mendorong perdagangan antarabangsa. Penduduk yang ramai akan mewujudkan pembahagian kerja yang lebih besardan juga kemahiran yang lebih tinggi.  Ini akan menyebabkan peningkatan dalam lebihan dan perdaganganantarabangsa.   Hasil daripada kemakmuranini pula akan menyebabkan peningkatan permintaaan untuk barang-barang mewah,penggandaan keinginan dan juga pempelbagaian lanjut dari industri.

Ibnu Khaldun membuat suaturumusan makro ekonomi global tentang cukai dan pengeluaran awam :

“Faktor yang paling banyakmemberi sumbangan kepada penduduk dan peradaban ialah pengurangan cukai ke ataspenduduk sehingga menjadi serendah mungkin.  Perkara ini akan memberi dorongan kepada rakyat sehingga merekamerasakan kepercayaan dan menyedari manfaat yang diberikan oleh peradaban.  Cukai yang rendah mengarah kepada peningkatankemakmuran dan pengembangan dalam asas cukai dan menghasilkan pendapatanmenyeluruh yang lebih besar lagi.”

Ibnu Khaldun juga membahaskandengan lebih terperinci lagi tentang bagaimana cukai yang tinggi boleh membunuhsokongan yang mengakibatkan penurunan pengeluaran dan pengurangan penduduk(kerana penduduk pindah ke daerah lain).  Beliau membuktikan cukai yang tinggi akhirnya menghasilkan pendapatanyang lebih kecil.  Untuk memulihkankeadaan kemerosotan, Ibnu Khaldun mencadangkan agar cukai dikurangkan danpengeluaran umum ditingkatkan.  Diaberkata, “Seperti yang kita ketahui,negara adalah pasaran yang terbesar, ibu dari semua pasaran.  Ia adalah asas dan dasar mereka dalam ertipenghasilan dan pendapatan.   Jikapasaran ini mengecil dan pengeluaran di dalamnya berkurangan, secara automatikkeadaan ini akan diikuti oleh pasaran lain, malah mungkin berlaku dalam skalayang lebih besar.”

Sebahagian daripada gagasan Ibnu Khaldun boleh disenaraikan secara ringkasseperti di bawah ini :
           
            1.         Cukaidan Perbelanjaan Negara40
            Berkaitandengan masalah cukai, Ibnu Khaldun mengatakan bahawa cukai menjadi faktorpenting dalam pertimbangan perniagaan seseorang.  Pengusaha sentiasa berusaha  memaksimumkan keuntungannya.  Jika tarif cukai terlalu tinggi, dia tidakakan bersungguh-sungguh mengusahakan perniagaannya kerana keuntungan yangdiperoleh terlalu kecil.   Oleh keranaitu, jumlah cukai yang dikenakan haruslah dilakukan secara adil kepada semuayang wajib membayar dan secara wajar, sesuai dengan kemampuan wajib cukai yangsesungguhnya.

            Dalamusaha memenuhi keperluan rakyat, pemimpin akan membelanjakan dana yangdiperolehinya dari cukai.  Pemimpin akanmembeli banyak barang dan juga perkhidmatan. Jadi, Ibnu Khalduun mengatakan yang pemimpin adalah pasaran bagi barangdan jasa.

            MenurutIbnu Khaldun lagi, keutamaan perbelanjaan negara ialah untuk memenuhi keperluansosial kepada fakir miskin, janda dan anak yatim, para pesara, orang-orang butadan golongan yang tidak tahu membaca Al-Quran. Kemudian negara juga perlu membangunkan rumah sakit, membiayaijururawat, doktor dan juga pegawai kesihatan.

2.                 Pasaran Bebas, Perdagangan Antarabangsadan Tingkat Gaji
Secara umum, Ibnu Khaldunmenekankan kepentingan suatu pasaran yang bebas.  Beliau menentang campur tangan negara dalam masalah ekonomi dan percaya akankecekapan sistem pasaran bebas.   Diajuga sudah menghubungkan perbezaan tingkat harga di antara negara denganketersediaan faktor-faktor pengeluaran, seperti yang diungkapkan dalam teoriperdagangan antarabangsa moden.  Pendudukmerupakan faktor penting yang mendorong perdagangan antarabangsa.  Jumlah penduduk yang besar akan menghasilkantenaga kerja yang mahir, dan ini akan meningkatkan lebihan dan juga perdaganganantarabangsa.  Pembahagian tenaga kerjaantarabangsa akan lebih bergantung pada perbezaan keahlian dan kemahiranpenduduk di berbagai negara daripada sumber daya alamnnya.41 

3.                   Teori Pengeluaran42
Menurut Ibnu Khaldun,pengeluaran ialah aktiviti manusia yang dikelolakan secara sosial danantarabangsa.   Pada suatu sisi, manusiaadalah makhluk ekonomi yang mempunyai tujuan untuk menghasilkan sesuatu.  Akan tetapi, dari sisi yang lain pula, faktorpengeluaran yang utama ialah tenga kerja manusia.   Ibnu Khaldun berpendapat yang tenaga manusiaadalah sangat penting untuk pengumpulan hasil dan modal.   Kalau sumber pengeluaran ialah pekerjaanseperti kraf tangan, maka perkara ini adalah jelas.  Kalau sumber pendapatan ialah haiwan, tanamanataupun bahan-bahan mineral, tenaga manusia masih tetap memainkan peranan   penting. Jadi, tanpa tenaga manusia, tidak akan ada hasil yang boleh diperolehidan tidak akan ada hasil yang berguna.

Manusia tidak dapatmenghasilkan barang-barang untuk memenuhi keperluan hidupnya sendirian.  Jika manusia ingin bertahan hidup, merekaharuslah mengumpulkan tenaga mereka. Dengan menggunakan modal ataupun kemahiran, operasi pengeluaran yangpaling sederhana memerlukan kerjasama dari banyak pihak dan kemahiranteknikal.  Menurut Ibnu Khaldun,organisasi sosial dari tenaga kerja ini harus dilakukan melalui kepakaran yanglebih tinggi dari pekerja.   Hanyamelalui kepakaran dan pengulangan operasi-operasi sederhanalah orang menjadimahir dan dapat menghasilkan barang dan perkhidmatan yang bermutu baik dengankecepatan yang baik. 

Selain dari itu, melaluikemahiran dan kerjasama sosial, usaha manusia meningkat berlipat ganda.  Pengeluaran yang dihasilkan oleh manusia yangbekerja secara bersama-sama adalah lebih besar berbanding dengan jumlahpengeluaran yang dihasilkan oleh orang perseorangan, dan juga lebih besarberbanding dengan jumlah yang diperlukan oleh mereka untuk bertahan hidup.

V.        Al-Maqrizi (w. 845 H)
1.         Sekilas Riwayat Hidupnya
            Namapenuhnya ialah Taqiyuddin Abul Abbas Ahmad bin Ali bin Abdul Qadir al-Husainidan dia lahir di Kaherah pada tahun 766 H. Keluarganya berasal dari Maqarizah, sebuah perkampungan di kotaBa’labak.  Itulah sebabnya dia dikenalidengan nama al-Maqrizi.

            Al-Maqrizimempelajari dan mendalami berbagai disiplin ilmu pengetahuan seperti fikah,hadis dan sejarah dengan para ulama besar yang hidup pada zamannya.   Diantara tokoh terkenal yang sangat mempengaruhi pemikirannya ialah IbnuKhaldun.  Malah dia dikenali sebagaimurid Ibnu Khaldun yang terkemuka.   Diamula belajar dengan Ibnu Khaldun ketika Ibnu Khaldun menetap di Kaherah danmemegang jawatan Hakim Agung mazhab Maliki pada masa pemerintahan  Sultan Barquq (784-801 H).

            Ketikaberusia 22 tahun, al-Maqrizi memulakan kerjayanya sebagai pegawai di Diwanul Insya, yang berfungsi sepertipejabat sektretariat negara.   Kemudian,dia dilantik menjadi wakil qadhi di pejabat hakim agung mazhab Syafi’i, khatibdi Masjid Jamek Amr dan Madrasah Sultan Hasan, Imam Masjid Jamek al-Hakim danguru hadis di Madrasah al-Muayyadah.43

            Padatahun 791 H, Sultan Barquq melantik al-Maqrizi sebagai muhtasib di Kaherah.  Jawatanini membuat al-Maqrizi banyak terlibat dalam masalah pasaran, perdagangan dan mudharabah, sehingga perhatiannyabanyak tertumpu pada harga, asal-usul wang dan kaedah-kaedah timbangan.  Dia memegang jawatan itu selama dua tahun.

            Padatahun 811 H pula, al-Maqrizi dilantik sebagai pelaksana pentadbiran wakaf diQalanisiyah, Damaskus.  Setelah menetapselama 10 tahun di Damaskus, al-Maqrizi kembali ke Kaherah.  Semenjak itu, dia mengundurkan diri darijawatannya dan menghabiskan waktunya pada ilmu. Dia aktif mengajar dan menulis, terutamanya tentang sejarah Islam,sehingga dia dikenali sebagai seorang ahli sejarah besar pada abad 9 H.  Al-Maqrizi meninggal dunia di Kaherah pada 27Ramadhan 845 H.44

            Kalaudilihat dari tahun kelahiran dan wafatnya, Taqiyuddin Abul Abbas Ahmad bin Alial-Maqrizi hidup semasa kerajaan Bani Abbasiyah II, bermula dari Khalifahal-Mutawakkil (763 H /  1362 M) sehinggaKhalifah al-Mustakfi II (845 H / 1441 M).

            2.         Pemikiran Ekonomi al-Maqrizi
            Al-Maqrizibukanlah seorang sufi.  Kerjayanyasebagai  ahli sejarah sangat mempengaruhipemikirannya tentang ekonomi.   Diasentiasa melihat setiap persoalan dengan mengaitkan persoalan itu dengan masalampau dan memotret fenomena ekonomi sesuatu negara seadanya, disertai dengantumpuan pada beberapa perkara yang mempengaruhi naik turunnya sesuatupemerintahan itu.   Ini bermaknapemikiran ekonomi al-Maqrizi cenderung positif. Ini adalah satu perkara yang unik dan menarik kerana  pada masa itu,  yang lebih menonjol dan berpengaruh ialahpemikiran normatif.45

            Al-Maqrizimerupakan pemikir ekonomi Islam yang melakukan kajian khusus tentang wang daninflasi.46  Al-Maqrizimembahagi inflasi kepada dua kategori iaitu inflasi yang disebabkan oleh faktoryang bersifat semula jadi dan inflasi yang disebabkan oleh kesilapan manusia.

            Denganlebih lanjut, al-Maqrizi menjelaskan bahawa inflasi semula jadi disebabkan olehberbagai faktor yang tidak boleh dihindari oleh manusia.  Di antaranya ialah bencana alam ataupun hasilpertanian yang tidak menjadi, yang mana boleh menyebabkan kekurangan makanansecara semula jadi.  Ini mengakibatkanharga meningkat tinggi dan melebihi daya beli masyarakat.  Tentang inflasi yang disebabkan olehkesilapan manusia,  al-Maqrizimengenalpasti tiga sebab berlakunya inflasi ini.  Sebab-sebab itu ialah rasuah dan sistempentadbiran yang tidak cekap, cukai tinggi yang dikenakan pada pengusaha dankenaikan bekalan mata wang fulus.   Seperti yang diketahui, fulus ilah mata wang yang dibuat daripada tembaga dan yang dicetakpada ketika itu dan bernilai 48 fulusuntuk setiap dirham.

            Pencetakanfulus berterusan sehingga jabatan di wilayah-wilayah terpengaruh dengankeuntungan besar yang diperolehi dari aktiviti ini.   Polisi sepihak mula diterapkan denganmeningkatkan jumlah pencetakan fulusdan menetapkan rasio kepada 24 fulusuntuk setiap dirham.  Akibatnya, nilaimata wang mengalami penurunan sehingga membuatkan rakyat menderita keranaterpaksa menanggung kerugian besar.  Iniadalah kerana barang-barang yang sebelumnya berharga ½ dirham kini berharga 1dirham.47

            Al-Maqrizimengatakan yang pencetakan wang secara berlebihan jelas akan mengakibatkannaiknya tahap harga secara keseluruhan.  Oleh kerana itu, dia berpendapat sebaik-baiknya wang dicetak hanya padatahap minimal, pada jumlah yang diperlukan untuk membuat urusniaga saja dandalam nilai yang kecil.  Ini adalah untukmenghindari orang-orang daripada melakukan penumpukan wang.

            Berbicaratentang persoalan ini, al-Maqrizi menegaskan yang mata wang emas dan perakmerupakan satu-satunya mata wang yang dapat dijadikan standard nilai sepertiyang telah ditentukan oleh syariah, manakala penggunaan fulus sebagai mata wangdapat menimbulkan inflasi.  Menurutnyalagi, fulus dapat diterima sebagai mata wang hanya jika penggunaanya dikawal,iaitu digunakan hanya untuk keperluan urusniaga berskala rendah.

            VI.       ShahWaliyullah (1114-1176 H / 1703-1762 M)
            AhmadSyah bin Abdurrahman al-Umari ad-Dahlawi Abu Abdil Aziz lebih dikenali denganpanggilan Shah Waliyullah.  Beliaudilahirkan dan dibesarkan di Delhi pada masa kerajaan Bani Abbasiyah II  di bawah pemerintahan Khalifah al-MutawakkilII (kedua kali), tahun 923 H / 1517 M. Dalam karyanya yang terpenting, Hujjatullahal-Balighah, Shah Waliyullah mengemukakan penjelasan tentang jalan fikiranketentuan syariah untuk tingkah laku peribadi dan organisasi sosial.

            MenurutShah Waliyullah, cabang ilmu pengetahuan syariah yang khusus ini, iaitu “Pengetahuan tentang erti yang tersembunyidari agama yang berusaha menghurai kebijksanaan di sebalik hukum dan (soaljawab) mengapa perkara ini telah diberikan” adalah perkara yang palingpenting dalam ilmu syariah.    Manusia,secara semula jadi, adalah makhluk sosial. Kunci dari kewujudannya terletak pada kerjasama yang terdapat dalamberbagai bentuk seperti pertukaran, kontrak, perkongsian keuntungan dan hasilpertanian dan lain-lain lagi. 

            Syariahmelarang kegiatan yang melanggar semangat kerjasama ini seperti judi danriba.   Ia mengatakan yang perjudian itusama dengan memperoleh kekayaan yang berdasarkan pada ketidaktahuan orang,ketamakan, harapan palsu dan terdedah pada risko serta ketidakpastian yangditimbulkan oleh keadaan itu.   Perjudiantidak ada hubungannya dengan kerjasama dan tidak memberi apa-apa sumbangankepada peradaban.  Malah perjudian bolehmerosakkan kemakmuran dan menimbulkan permusuhan.  Perjudian juga menjauhkan orang dari kegiatanyang bermanfaat dan kreatif, dan dari bentuk-bentuk kerjasama yang merupakanasas peradaban.  Larangan ke atas ribajuga dijelaskan berasaskan sebab yang sama.

            Dalamusaha dan kerjasama yang dilakukan, sumber alam khususnya tanah, harus dikongsisecara adil :  “Dan tanah nyatanya adalah seperti masjid ataupun tempat berehat yangdiabdikan kepada musafir. Mereka menggunakannya bersama-sama dan orang yangdatang dahulu akan dilayan terlebih dahulu. Makna dari pemilikan bagi manusia ialah manusia lebih berhakmemanfaatkannya dari yang lain.”

            Contohlain wawasan Waliyullah ialah pandangannya tentang kewangan negara.  Kehidupan yang berbudaya memerlukan kehadiransatu pemerintahan ataupun kerajaan yang mempunyai beberapa orang pekerja untukmenjaga pertahanan, undang-undang dan keselamatan, menjamin keadilan dan jugamenguruskan tanggungjawab awam seperti membina jalan dan jambatan.   Jadi, sistem cukai adalah penting untukmembayar perbelanjaan kerajaan dan untuk membiayai perbelanjaan awam yang beratuntuk ditanggung oleh rakyat ataupun yang berada di luar tujuan mereka.  Cukai seperti itu mestilah hanya terbataspada keperluannya dan hanya dikenakan kepada orang-orang yang mampumembayarnya.

            MenurutWaliyullah lagi, masalah yang dihadapi oleh manusia ialah kegemaran padakemewahan.   Mengikut tradisi ekonomiIslam, ia juga membezakan antara keperluan, keselesaan dan kemewahan danberpendapat bahawa penguasalah yang pertama sekali menerima gaya hidup yangberlebihan.   Perkara ini berlaku dalamperadaban Rom dan juga dalam peradaban lain di luar dunia Arab.   Perkara ini menjurus kepada kerosakan dariperadaban itu.  Dia mengajukan tumpuanpada masanya sendiri dengan kata-kata ini : “Apayang anda lihat pada penguasa di negeri anda sendiri, memisahkan anda lebihjauh.”

            Waliyullahhidup di waktu-waktu terakhir kekuasaan Islam di India, ketika kemewahankerajaan Mughal sedang mengalami kehancuran.  Wawasannya yang tajam itu menganggap kejatuhan ini disebabkan olehkehidupan orang kaya yang gemar bermewah-mewah  di ibukota Delhi, tempat mereka tinggal.   Pemusatan kekayaan di tangan segelintirorang membuatkan jurang kekayaan di antara orang kaya dan orang miskin menjadisemakin dalam.   Peralihan dari sumberproduktif kepada barang mewah menyebabkan kekurangan barang-barang danperkhidmatan keperluan asas.  Gaya hiduppemimpin yang berlebihan dan ancaman berterusan terhadap kekuasaan dari wilayahyang berbeza membuat mereka terpaksa menaikkan cukai terhadap orang biasa, yangmana menambahkan lagi kesengsaraan mereka dan mempercepatkan penurunan ekonomi.

            Diamenemui dua faktor yang paling bertanggungjawab atas kemerosotan di negaranyasendiri.  Pertama, kewangan negara banyakdibelanjakan untuk fungsi-fungsi yang tidak produktif seperti menyara penyair,orang suci dan mereka yang menyamar sebagai pelajar ataupun pejuang.   Kedua, “Cukaiyang berat dikenakan kepada pengusaha tanah, pedagang dan  artisan melumpuhkan mereka yang patuh danmenimbulkan perlawanan di tangan orang yang kuat mengarah kepada pemberontakan. Kota hanya boleh menjadi makmur jika cukai yang dikenakan adalah sedikitdan ada sistem pentadbiran yang lancar. Biarkan rakyat pada zaman ini mengindahkan butir ini!”

            C.        Berakhirnya Pemerintahan Bani Abbasiyah II
            PemerintahanBani Abbasiyah II berakhir setelah khalifah terakhirnya, al-Mutawakkil turuntahta dan menyerahkan kekuasaan kepada Sultan Salim dari Bani Utsmaniyah padatahun 923 H / 1517 M.  dengan demikian, berakhirlah kekhalifahan BaniAbbasiyah II dan pemerintahan kaum Muslimin seterusnya berpindah ke tangan BaniUtsmaniyah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar