Pentingrasanya kita bincangkan tentang perkembangan kerajaan Ustmaniyah, walaupuntidak terlalu mendalam, untuk memahami perjalanan sejarah serta perkembanganpemikiran ekonominya. Berikut ialahpendapat-pendapat Kemal H. Karpat tentang pendekatan struktur-komparatif3dalam mengamati perkembangan kerajaan Utsmaniyah.
Secaraumum, Kerajaan Utsmaniyah boleh dilihat sebagai negara yang sangat bergantungpada pendapatan dari sektor pertanian, dalam bentuk cukai atas hasilpertaniannya, di samping pendapatan dalam bentuk jizyah dari golongan minoritibukan-Muslim yang dilindunginya, sehingga kerajaan ini dipanggil ‘negarapertanian birokratik’ oleh Sevket Pamuk.4 Adalah suatu kebenaran jika Karpat mengamatiperkembangan kerajaan Utsmaniyah dengan menganalisis perubahan sistemkepemilikan tanah serta kelompok-kelompok sosial yang menjadi dominan dalammasyarakat mahupun pemerintahan melalui penguasaan atas tanah. Melalui pengamatan sumber daya ekonomi yangpaling mendasar ini – iaitu tanah – diharapkan kita dapat melihat perjalanansejarah Kerajaan Utsmaniyah, terutamanya tentang jatuh-bangunnya golongan elitpenguasa5, dari sudut pandang peranan dan juga kepemilikan merekaatas sumber daya tersebut. Secarakronologi, perjalanan sejarah itu boleh digolongkan kepada :
1. Periode Tapal Batas (UcBeyleri / Penguasa Sempadan) 1299-1402 M
Kalaudilihat dari sudut geografi, wilayah di mana kerajaan Utsmaniyah terletakmerupakan sempadan di antara pecahan bekas wilayah Saljuk di sebelah timur danwilayah Byzantium yang sedang rapuh di sebelah barat. Kedudukan yang strategik ini – walaupun agakterpencil pada mulanya – membolehkan Utsmani menerap polisi pertumbuhan yangdilengkapi dengan kebebasan sosial untuk masyarakatnya. Keunikan ini menjadikan wilayah Utsmanisebagai ‘syurga’ bagi masyarakat dari kedua-dua belah pihak – Turki ataupunByzantium – yang mahu melarikan diri dari ketidakpuasan sosial ataupunorang-orang yang terpanggil oleh laungan penegakan syariah. Masyarakat setempat mendapat keuntungandengan penerapan syariah, terutamanya tentang persoalan kepemilikan serta hakpenggarapan tanah. Sultan tidakmembenarkan Uc Beyleri memiliki hakmilik tanah secara mutlak, menghidupkan hubungan peribadi di antara masyarakattempatan dengan Uc Beyleri dalamkonteks yang saling menguntungkan. UcBeyleri ditempatkan sebagai perantara di antara sultan, dalam konteks khalifah fil ardh, dan masyarakatnya,dalam konteks ri’ayah.
Namun,pola hubungan antara Uc Beyleri danpenduduk setempat – yang secara de-facto –yang berada di bawah kelolaannya tidak berlangsung dengan lama. Pada penghujung masa ini, berlakulahserangan terhadap wilayah Utsmani dari arah timur di bawah pimpinanTimur-i-Lank. Keengganan Uc Beyleri – terutamanya yang berada diwilayah Balkan, ataupun yang dikenali dengan istilah Rumeli – untuk memperkuatkan pasukan Sultan Bayezid I menyebabkankekalahan di Ankara pada tahun 1402 dan ditawan oleh pasukan Timur. Kematiannya, semasa menjadi tawanan Timur,menjadikan kerajaan Utsmaniyah terjerumus ke dalam konflik dalaman. Pihak pemerintah pusat yang dibela olehseluruh bey yang berasal dariAnatolia, berjaya mengalahkan gabungan beyyang berasal dari Rumeli dalam pertempuran yang meletakkan Sultan Mehmet Ike puncak kekuasaan.
2. Periode Pemusatan 1421-1596 M
Apayang berlaku pada masa peralihan pertama diambil sebagai pengajaran yangberkesan oleh para Sultan pada periode ini. Mereka memperkenalkan peraturan serta kaedah pengangkutan yang bakusebagai penyambung kedudukan sultan di masa akan datang. Pada masa ini pula, pasukan Yeni Ceri (Jannissary) mendudukikedudukan pusat sebagai pasukan utama yang menjadi andalan pemerintah pusatkerajaan Utsmaniyah dalam menjaga kedaulatan sempadannya, dan juga untukmemanjangkan kekuasaan pusat ke tiap-tiap wilayah.
Perdaganganantarabangsa juga tidak terlepas dari penataan dalam periode ini, di mana pihakVenesia terpengaruh dengan pedagang-pedagang tempatan Utsmani yang digalakkanuntuk bersaing. Elemen-elemenketenteraan yang berasaskan wilayah, sepertisipahi, turut ditarik ke pusat untuk menjaga kesetiaan pada Sultan danbirokrasi pusat. Sultan Mehmet II yangmemulakan pemerintahannya pada tahun 14516 bertanggungjawab terhadapreformasi sistem pemerintahan pada periode ini dalam menuju kesultanan yangberpusat. Pada satu sisi, polisi inimemungkinkan wujudnya sebuah kerajaan yang terbukti mampu bertahan selama 500tahun, tetapi pada sisi yang lain, iajuga mencipta satu kelas sosial baru yang mengandungi banyak masalah, yangsecara sistematik melemahkan asas kerajaan itu sendiri.
Padamasa ini juga, konsep timarberkembang menjadi sistem sosial-ekonomi yang secara utuh bersatu denganstruktur pemerintahan yang memusat. Pengelolanya, dalam hal ini sipahi, berperanan sebagai pemantau,sekaligus pelindung wilayah itu, serta bertanggungjawab secara langsung padapemerintah pusat. Pada masa pemerintahanSultan Suleiman al-Qanuni (1520-1566 M), kelemahan pengelolaan timar mula kelihatan sehingga pemaksaanmula dilakukan ke atas penduduk yang mendiaminya. Perkara ini menjadi semakin nyata,terutamanya ketika keperluan untuk menyediakan angkatan perang dari setiap timar mula bertambah dan turutmembebani pendapatan tempatan.
Kesandaripada penerapan pola pengelolaan tanah melalui sistem timar mendorong peningkatan populasi, sehingga pekerjaan yang adatidak cukup untuk menampung bilangan populasi ini. Motivasi untuk meningkatkan produktivititanah juga sangat rendah kerana tiadanya insentif yang jelas dari pihakpemerintah pusat. Peralihan penduduksegmen usia muda juga dikira turut mendorong meningkatnya kerjaya ‘pelautswasta’ yang berdaftar secara rasmi dengan pemerintahan pusat ataupun denganpemerintahan tempatan. Kini, semakinramai ahli sejarah Utsmani yakin salahsatu faktor yang menyebabkan kemundurankerajaan itu dipengaruhi oleh merosotnya keberkesanan sistem timar.
Satulagi perkara yang tidak kurang menariknya ialah pengaruh penggunaansenjata api dalam bentuk senapang lantak(proto-musket), yang perlahan-lahanmenggugat kedudukan sipahi yangmempunyai pasukan tentera berkuda. Berkurangnya peranan tradisional sipahiyang dibiayai oleh sistem timar turutmendorong kecekapan pengelolaan tanah dalam sistem itu. Tonggak sejarah yang menandai kehapusansistem timar itu dipicu olehketiadaan sipahi dari seluruh tapak timardi Anatolia dalam peperangan Mezo-Keresztes (1596 M).
3. Periode Autonomi Wilayah (Ayan) 1603-1789 M
Periodeini boleh disebut sebagai periode yang sangat pening dalam sejarah kerajaanUtsmaniyah, tetapi periode ini juga sangat kurang pembahasannya. Sebagai kesan atas kekurangan perhatian yangdiberikan pada periode ini, ahli sejarah mengalami kesulitan untuk memahamimasa peralihan Utsmani menuju zaman moden. Periode ini juga menjadi penting apabila kita perhatikan yang seluruhpergerakan reformasi yang berlaku pada awal abad ke-19 memiliki akarperkembangan sosial-ekonomi yang berlaku pada periode ini.7
Satulagi perkara yang menarik untuk diperhatikan pada periode ini ialah lapisanelit pemerintah di tahap wilayah tidak lagi ditentukan oleh pemerintah pusattetapi dipengaruhi oleh usaha-usaha kelas bawah untuk mengambil alih kepemilikanatas faktor-faktor ekonomi. Pada tahun1683, Kerajaan Utsmaniyah mengalami kegagalan dalam penawanan kota Wina.
Munculnyagolongan sosial ayan8sebagai satu golongan berpengaruh di luar kekuasaan pemerintah juga merupakanciri khas periode ini. Dari sudutpandang kepemilikan tanah, golongan ayanitu tidak berasal dari kalangan sipahi yangpernah tewas sebelumnya dan juga bukan berasal dari kalangan sipahi yang ketika itu berkuasa. Fenomena ini merupakan tonggak sejarahperubahan hubungan antara birokrasi dan tanah sebagai sumber daya yang penting.9
Kelompokayan yang dimaksudkan ialah golonganyang memegang tanggungjawab dalam pentadbiran tanah negara, serta mengutipcukai. Pada ketika itu tenaga-tenagatersebut sudah mula berkurangan pada abad ke-18. Pada mulanya, golongan ayan ini dipilih oleh penduduk setempat, walaupun pola itu belumdapat dibuktikan secara kukuh. Namun,lambat laun mereka berkembang tanpa terkawal, terutamanya di wilayah yang jauhdari pengawasan pemerintah pusat.
Pemerintahanpusat Utsmani – dalam rangka mengendalikan keadaan – merasakan lebih praktikalmenginstitusikan fenomena sosial ini ke dalam struktur pemerintahan denganmenamakannya ayanlik yang dikuatkanlagi dengan gelaran rasmi berat. Akan tetapi, ada juga ayan yang beroperasitanpa berat, sebagai bentukpenentangan terhadap kekuasaan pusat. Perkara ini menunjukkan yang perkembangan kuasa pengelolaan atas tanahsemakin berada di luar kuasa pemerintah pusat. Jadi, legaliti berat tidakmemiliki kekuatan undang-undang, sehingga cenderung dinilai sebagai polisi yangbersifat ex-post facto.
Secarapolitik, keberadaan ayan tidakmenjadi masalah selagi aktivitinya berada di bawah pengawasan pemerintahwilayah, sebagai penerusan kuasa pemerintah pusat, yang dalam hal ini dipegangoleh sanjak bey. Hubungan yang rapuh ini membawa petakaberupa konflik yang disebabkan oleh perbezaan kepentingan. Pada satu sisi, ayan merupakan wakil autonomidaerah dalam mengelola potensi ekonominya. Manakala, pada sisi lain pemerintah tetap mempertahankan pendekatankuasa pusat yang cenderung mutlak. Dalam skala yang kecil, perkara ini boleh menyebabkan pengagihan sumberdaya ekonomi daerah yang tidak berkesan. Sedangkan dalam skala yang besar, perkara ini dapat mengakibatkanpeperangan di antara pemerintah pusat dan kuasa daerah.
Menjelangtamatnya periode ini, terutamanya sebagai akibat dari peperangan yang berlakupada tahun 1768-1774 M di antara kerajaan Utsmaniyah dan Rusia yangmenghabiskan banyak sumber dana negara, pemerintah pusat terus kehilangandarjat dan kekuasaan daerahnya. Konflikantara ayan dan pemerintah pusatterus membebani pemerintahan Sultan Selim III (1789-1807 M) sehinggalah beliaudigantikan dengan Sultan Mahmud II pada tahun 1808 M, atas sokongan MustafaPasha, yang merupakan pemimpin para ayanyang berasal dari Ruscuk. Pada tahanyang sama, perjanjian Sened-I Ittifak(Pakatan Bersekutu) ditandatangani, di mana pemerintah pusat Porte mengakui serta membenarkan hakkepemilikan ayan10,termasuklah hak warisan kekuasaan pada anak keturunannya dan kebebasan daricampur-tangan pegawai pemerintah pusat di wilayah.
Peningkatanperanan pentadbiran golongan ayan jugaseiring dengan peningkatan prestij politik dari golongan itu. Kini,ayan memiliki sekutu baru, iaitu golongan ahli perniagaan yang mendiamikota-kota. Kedua-dua pihak ini memilikibeberapa kepentingan yang sama terutamanya dalam keperluan mendapatkanperlindungan peribadi, kebebasan berdagang, keghairahan dalam menjalaniaktiviti ekonomi dan tentangan mereka terhadap polisi mutlak berpusat. Mungkin juga dari beberapa persamaan ini,lahir benih-benih nasionalisme yang memiliki akar ekonomi dan sosial yang amatkuat pada periode seterusnya.
4. Periode Nasionalis-Birokratik Moden 1808-1918 M
SultanSelim III dan juga Sultan Mahmud IItelah cuba melakukan reformasi pemerintahan untuk mengembalikan keberkesananpemerintahan pusat. Kedua-duanyamelakukan pembaharuan yang sama iaitu membentuk angkatan bersenjata danorganisasi birokrasi pusat yang baru, yang secara tidak langsung melahirkanstrata sosial pemerintahan yang baru.
Dengandemikian, pemerintah pusat menjalankan peranan baru di bidang pendidikan,pertanian, serta perdagangan yang dahulunya dipegang oleh institusi keagamaan,inisiatif masyarakat secara sukarelayang tidak pernah lakukan oleh negara sebelumnya. Tujuan utama reformasi periode ini ialah untuk melemahkan kedudukan ayan dengan mengembalikan kuasa ketangan pemerintah pusat. Pada masa yangsama, reformasi ini juga bertujuan mengurangkan campur tangan pihak asing dalamsistem ekonomi kerajaan Utsmaniyah.
Tujuanlain reformasi ini dapat dilihat sebagai usaha kerajaan Utsmaniyah memperbaikitingkat pengerahan dan kecekapan pengelolaan sumber daya yang ada, pemerataantingkat pelayanan terhadap keperluan masyarakat, dan mencegah satu golonganmasyarakat menguasai struktur serta perkakas pemerintahan. Berhadapan dengan situasi ini, golongan ayan terbahagi dua dalam sikap merekaterhadap pemerintah pusat. Pada satusisi, terdapat sekelompok ayan yangmelihat semua ini sebagai upaya mengambil alih kuasa mereka, manakala di sisilain terdapat pula kelompok yng menganggap reformasi ini sebagai usaha untukmeningkatkan pertahanan kerajaan dan bermanfaat bagi keberadaan mereka yangjuga diancam oleh pihak luar.
SultanSelim II menerima akibat buruk dari usaha reformasinya. Dia digulingkan dari takhta oleh pasukan Yeni Ceri yang bimbang kedudukannyadigantikan dengan angkatan tenterabersenjata yang baru. Apabila peperangandengan Rusia kembali tercetus pada tahun 1812 M, Sultan Mahmud II menggunakankesempatan itu untuk menghancurkan pasukan ayanpada tahun 1815 M, yang disusuli dengan pembubaran Yeni Ceri pada tahun 1826 M. Dengan melaksanakan pimpinan elit ayan, Sultan Mahmud II berjaya menghapuskan ancamanterhadap kuasa pemerintahan pusat, tetapi sama ada dia sedar ataupun tidak,tindakan itu telah memusnahkan harapan terwujudnya lapisan kelas menengahUtsmani yang ternyata sangat diperlukan untuk memasuki abad persaingan ekonomimoden.
Bukanhanya kerajaan Utsmaniyah yang kehilangan kelas menengahnya, tetapi perkarapenting yang perlu diperhatikan ialah, hilangnya kelas menengah Muslim dalammasyarakat Utsmani. Kini, kelas menengahitu diambil-alih oleh golongan elit dari segmen masyarakat bukan Islam. Kita dapat melihat bahawa sistem ekonomiUtsmani terbahagi kepada dua kelompok besar. Kelompok pertama terdiri dari golongan yang memegang aktiviti komersil,yang hampir keseluruhannya dikuasai oleh masyarakat bukan Islam. Manakala kelompok kedua terdiri darikalangan yang terlibat dalam pertanian, yang majoritinya terdiri darimasyarakat Muslim. Dari kenyataan ini,kita dapat menduga akan kelahiran benih-benih nasionalisme di wilayah Utsmaniyang kelak bakal menjatuhkan kerajaan itu sendiri.
Setelahberlakunya kejatuhan ayan,kepemilikan tanah tetap memainkan peranan utama dalam setiap perubahan politikmahupun sosial Utsmani. Sistem timar dihapuskan secara rasmi padatahun 1831, walaupun kita telah melihat yang peranannya sebagai tulang belakangsistem telah lama tersingkir. Namun,kepemilikan tanah yang dilakukan oleh pemerintah pusat secara rasmi, sepertiyang termaktub dalam sistem timar,telah memungkinkan pendayagunaan tanah berada di bawah kekuasaan kerajaansehingga mencegah kewujudan kelas tuan tanah11 sehinggalah kepertengahan abad ke-18. Akan tetapi,perkara ini jugalah yang menjadi kelemahan bagi kerajaan Utsmaniyah dalammenghadapi pakatan di antara pergerakan nasionalis, kelompok kebebasan komersildan penguasa tanah bukan Islam di wilayah Balkan. Hampir satu abad diperlukan untuk menciptagolongan yang sama pada segmen masyarakat Muslim Ustmani. Sebagai akibatnya, banyak tanah suburterbiar di wilayah Utsmani.
Padamasa-masa genting itu, terdapat suatu dilema di mana pemerintah pusat Utsmanimasih lagi dibelenggu kebimbangan. Mereka khuatir berlaku semula perampasan atas kuasa pengelolaan tanah,tetapi pada masa yang sama keperluan akan pendapatan pemerintah semakinmendesak. Pendapatan kerajaan padaketika itu banyak bergantung pada cukai hasil bumi. Padahal di bahagian Eropah lainnya,pengeluaran pertanian semakin meningkat, bukan saja kerana penerapan teknologipertanian yang maju, tetapi juga kerana kecekapan pengelolaan tanah melaluisistem kepemilikan peribadi. Sebahagiandaripada golongan intelektual dan pemerintah Utsmani yang berpeluang berkunjungke negara-negara Eropah tertarik dengan sistem kepemilikan tanah secaraperibadi yang dianggap sangat cekap dan berkesan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar