Perluasan wilayah kerajaanUtsmaniyah mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Madrasah dibina untuk meningkatkan mutusumber daya manusia dan imaret (dapur-dapurawam) pula dibina untuk memenuhi keperluan golongan miskin. Kemudahan awam seperti tempat mandi dantempat tinggal untuk para musafir juga menjadi ciri khas dalam perluasanwilayah Utsmaniah.
Pentadbiran wilayah-wilayahbaru yang dirampas dari Byzantium diserahkan kepada kepimpinan pihak yangbertanggungjawab atas daerah tersebut. Kepimpinan wilayah-wilayah baru selalunya disertai dengan penekanan atas tanggungjawab menegakkansyariat Islam, serta memakmurkan wilayah itu untuk kepentingan masyarakat. Perkara ini jelas kelihatan dalamsurat-surat kuasa yang diterbitkan oleh kerajaan Utsmaniyah, seperti yang petikoleh Maksudoolu dari arkib-arkib Feridun Beg Munshe’at-I Selatin, Istanbul (1274).
Pada masa pemerintahan Sultan Murad (1362-1389M), ibukota kerajaan berpindah ke Edirne (Adrianople) di SemenanjungBalkan. Perpindahan ibukota ke wilayahEropah ini menunjukkan yang kerajaan Utsmaniyah memiliki perancangan jauh kemasa depan. Pada masa ini juga,serangan pertama pasukan campuran Hungary, Serbia, Bulgaria dan Romania berjayadipatahkan ketika mereka mahu menyerang Edirne. Haji Ilbegi mengalahkan pasukan campuran iniberdekatan dengan Sungai Merich (Maritsa), pada tahun 1363 M. Pertempuran ini dikenali sebagai PertempuranSirpsindioi (Rout of the Serbs –Tercerai-berainya pasukan Serbia) dalam sejarah Utsmaniyah. Sebagai tanda kesyukuran, Sultan Muradmembina beberapa buah rumah sakit, madrasah dan imaret di kota-kota Bilejik, Bursa dan Edirne. Maksudoolu menggambarkan fenomena ini sebagaisatu bentuk perhatian yang diberikan oleh Sultan Murad untuk menjegahpembaziran belanja negara.
Perluasan wilayah kerajaanUtsmaniyah disertai dengan penerapan konsep timaryang bersumber dari sistem iqta’yang diterapkan pada masa Rasulullah SAW. Konsep iqta’ memberikan kuasapada pemimpin setempat yang dilantik oleh khalifah untuk menguruskan potensiekonomi demi kepentingan orang ramai. Penduduk yang tinggal di wilayah tersebut mendapat jaminan kebebasanberagama. Perkara ini dipengaruhi olehkonsep feudalisme Eropah yang sering disepadankan dengan konsep timar dan juga konsep iqta’.
Pada masa pemerintahan SultanMurad, sebahagian besar beglik yangberbatasan dengan Utsmani bergabung secara sukarela dengan pemerintahanUtsmaniyah. Perkara ini menunjukkanbetapa seriusnya Kerajaan Utsmaniyah memperjuangkan kepentingan Islam melebihikepentingan suku, kecuali Beglik Karamanyang menikam dari belakang ketika Sultan Murad sedang sibuk memerhatikanpembangunan wilayah Rumeli (panggilanUtsmaniyah untuk wilayah baru di Eropah).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar