Sabtu, 18 Juni 2011

Perubahan Sistem Pemerintahan Menjadi Sistem Kerajaan



            Apabilamemerhati tahun-tahun pertama politik Bani Umayyah, kita dapat melihatperbezaan sistem pemerintah yang diterapkan oleh Bani Umayyah dengan yangpernah diterapkan pada masa pemerintahan Khulafur Rasyidin, iaitu sistempemerintahan menjadi sistem kerajaan.  Perubahan sistem ini pernah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW,  “Kekhalifahansetelahku adalah tiga puluh tahun, kemudian akan menjadi kerajaan yangmenggigit…”  (HR Ahmad dan Tirmidzi).

            Dr.Yusuf al-Qardhawi memetik pendapat Dr. Muhammad Quthb, tentang hadis di atas,yang mengatakan :


            “Memangbenar, tidak ada teks yang membatasi bentuk hukum dalam negara Islam.  Teks hanya menjelaskan dua perkara penting :majlis ulama, sebagaimana firman Allah dalam Surah Asy-Syuura, ayat 38 danberhukum pada syariat, seperti firman Allah dalam Surah Al-Ma’idah ayat 49”.

             “Danjuga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambutperintah Tuhannya serta mendirikan solat dengan sempurna dan urusan merekadijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakansebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya”   (Surah Asy-Syuura [42] : 38).

            “Danhendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telahditurunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka,dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yangtelah diturunkan oleh Allah kepadamu”  (Surah Al-Ma’idah [5] : 49).7

            Lebihlanjut lagi, Dr. Muhammad Quthb mengatakan, “Nastentang majlis ulama dan berhukum pada syariat dalam ayat-ayat di atas tidakmembatasi bentuk tertentu sebuah negara Islam. Ia boleh dilakukan dalam bentukkhilafah, republik ataupun kerajaan.  Nas itu juga tidak menghadkan tempoh jawatan, sama ada seumur hidupataupun dalam had masa yang tertentu. Oleh kerana itu, persoalan tentang bentuk pemerintahan dan masa jawatandalam syariat Islam termasuk dalam ijtihadiyah.   Ada pun hadis yang disabdakan olehRasulullah SAW itu dan terjadi pada masa Bani Umayyah adalah kerana  sistem kekhalifahan yang berubah menjadisistem kerajaan pada masa Bani Umayyah telah menyebabkan berlakunya kezalimandalam kehidupan manusia.”8

            Jadi,menurut Dr. Muhammad Quthb dan disetujui oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi, yang harusditeliti dari zaman pemerintahan Bani Umayyah ialah kadar perlaksanaankewajiban syariat dan kadar penyimpangannya, sesuai dengan apa yangdipertanggungjawabkan oleh Allah kepada mereka sebagai pemimpin kaumMuslimin.  Ia adalah kewajiban yangmendatangkan ganjaran apabila ditunaikan dan menyebabkan dosa kalau dilanggarataupun ditinggalkan dan yang akan ditanya oleh Allah pada Hari Kiamatkelak.  Allah akan mengampuni danmenyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya.9

            Dengankata lain, menurut Dr. Muhammad Quthb lagi, kita tidak boleh menilaikekhalifahan Bani Umayyah, Bani Abbasiyah, Bani Utsmaniyah dan para pemimpinkaum Muslimin lainnya dengan menggunakan kejayaan yang dicapai pada zamanpemerintahan Nabi Muhammad SAW  dan padamasa pemerintahan generasi pertama Khulafur Rasyidin sebagai standardpenilaian.   Penilaian yang adil untukmenilai pemerintahan Bani Umayyah dan pemimpin lainnya adalah menilainya denganjujur, sejauh mana kewajiban syariat sebagai pemimpin dan ketua kaum Musliminditunaikan dan sejauh mana kadar penyimpangan dilakukan.10

            Melakukanpenilaian dan penelitian secara jujur  bertepatan dengan perintah Allah seperti yang difirmankan-Nya :

            “Wahaiorang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasamenegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) keranaAllah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatkamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya ataupun miskin (maka janganlahkamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkankamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Olehitu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng darikeadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripadamenjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalamakan apa yang kamu lakukan” (Surah An-Nisaa’ [4] : 135)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar