Kalauberbicara tentang Bani Umayyah, kita tentu akan menyentuh tentang Mu’awiyah binAbu Sufyan, pengasas dan khalifah pertama Bani Umayyah.
Terdapatbeberapa hadis sahih yang menerangkan tentang kedudukan Mu’awiyah. Salah satu daripadanya ialah seperti yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Khalidbin Mihran, “Pada suatu hari, Umair binal-Aswad al-Ansi menceritakan yang dia pergi ke rumah Ubadah bin Shamit di Himsh. Ketika itu, Ubadah berada bersama isterinya,Ummu Haram. Umair berkata yang UmmuHaram menceritakan yang dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Tentera pertama umatku akanberperang di laut. Mereka adalahorang-orang yang berhak mendapat syurga.’ Ummu Haram bertanya, ‘Apakah akutermasuk di antara mereka, ya Rasulullah?’ Beliau menjawab, ‘Engkau termasuk di antara mereka’”11
Paraahli syarah menulis yang hadis itu berbicara tentang Mu’awiyah kerana dialahorang yang pertama melakukan peperangan di laut pada masa pemerintahan KhalifahUtsman r.a. Mulai dari peperangan dilaut itulah lahirnya tentera laut Islam pertama pada pemerintahan KhalifahUtsman r.a dan menjadi semakin kuat pada masa pemerintahan Mu’awiyah.12
Mu’awiyahbin Abi Sufyan merupakan pengasas dan khalifah pertama Bani Umayyah. Sejarah mencatat yang pada masapemerintahannya, Mu’awiyah memberikan kebebasan berbicara, memberi pendapat danjuga kebebasan menentang.13
Dr.Yusuf al-Qardhawi menulis14, Ibnu Qubail meriwayatkan yang Mu’awiyahmenaiki mimbar pada suatu hari Jumaat yang sangat panas. Dalam khutbahnya, dia berkata, “Harta danfai’ adalah milik kami. Kami memberi dantidak memberikan harta itu kepada orang yang kami kehendaki.” Tidak ada seorang pun yang membantahnya. Lalu, pada Jumaat kedua, sekali lagi diamengatakan seperti apa yang dikatakannya pada Jumaat sebelumnya. Dan sekali lagi, tidak ada yang membantahnya. Pada Jumaat ketiga, dia mengulangi lagiucapannya seperti dua Jumaat yang lalu. Tetapi kali ini seorang lelaki yang hadir di masjid berdiri dan berkata,“Tidak! Harta dan fai’ adalah milikkami. Sesiapa yang menghalang kamimengambilnya, akan kami adukan kepada Allah dengan pedang kami!” Mu’awiyah turun dari mimbar dan memerintahkananak buahnya memanggil lelaki tersebut. Orang-orang pun berkata, “Celakalah nasib lelaki itu!” Kemudian, orang-orang pun masuk dan mendapatiyang lelaki itu duduk di katil bersama Mu’awiyah. Mu’awiyah berkata pada mereka, “Orang initelah menghidupkan saya sehingga Allah pun menghidupkannya. Saya pernah mendengar Rasulullah SAWbersabda, ‘Setelahku nanti, akan ada parapemimpin yang ucapan mereka tidak akan dibantah. Sehingga akhirnya mereka dicampakkan ke dalamapi neraka seperti monyet-monyet yang dicampakkan.’ Pada Jumaat pertama saya berbicara, tidakada seorang pun yang membantah dan saya takut saya termasuk dalam golonganmereka. Pada Jumaat kedua, masih tidakada orang yang membantah sehingga aku berkata di hati kecilku yang aku termasuk dalam golonganmereka. Lalu, pada Jumaat ketiga sayaberbicara, lelaki ini berdiri dan membantahku. Dia telah menghidupkan aku sehinggal Allah menghidupannya.” 15
Harusdiakui bahawa seorang khalifah ataupun pemimpin seperti Mu’awiyah bin AbiSufyan adalah salah seorang pemimpin besar dunia, lebih-lebih lagi kalaudibandingkan dengan raja-raja ataupun pemimpin yang zalim, diktator, gila kuasayang terdapat di dunia ini, baik pada masa dulu mahu pun pada hari ini, sepertiHeraclyus, Hitler, Lenin, Karl Marx dan lain-lain lagi.
KedudukanMu’awiyah hanya akan turun kalau dibandingkan dengan Khulafur Rasyidin keranadia telah menyalahi sunnah mereka kerana tidak memberi kebebasan kepada kaumMuslimin memilih pemimpin mereka sendiri. Mu’awiyah memberi jawatan khalifah kepada keluarganya dan menjadikanjawatan itu sebagai jawatan yang diwarisi secara turun temurun. Selain dari itu, dia juga melakukanpemberontakan terhadap Khalifah Ali bin Ali Thalib r.a pada Perang Shiffin.
ImamMahmud pernah ditanya tentang peristiwa yang berlaku di antara Ali bin AbiThalib r.a dan Mu’awiyah bin Abu Sufyan, dan beliau menjawabnya denganmembacakan ayat berikut :
“Ituadalah umat yang lalu; baginya apa yangtelah diusahakannya dan bagimu apa yang sudah kamu usahakan, dan kamu tidakakan diminta bertanggungjawab atas apa yang telah mereka kerjakan” (Surah Al-Baqarah [2] : 134).16
Walaubagaimanapun, terdapat berbagai catatan sejarah menulis tentang Mu’awiyah. Yang harus menjadi perhatian kita ialah usahadan tanggungjawab Mu’awiyah sebagai pemimpin dan ketua umat Islam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar